Monday, April 7, 2014

Pentingnya doa makan



Zaki (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Zaki diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.

Surau itu agak jauh dari rumahnya & Zaki pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Zaki akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Zaki terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.

Akhirnya Zaki memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :

"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR"
(Doa sebelum makan yang telah diajar di surau tadi)

...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Zaki terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang merungut...

"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"


Jika Kamu Marah...



Seorang ayah ingin menasihati anak lelakinya yang pemarah. Lalu dia membawa anaknya ke kandang lembu di belakang rumah. "Jika kamu marahkan seseorang,ketuklah sebatang paku pada tiang ini." pesan ayahnya.Sebulan telah berlalu dan banyak paku telah tertanam di tiang itu. "Kini jika kamu dapat menahan perasaan marah atau memohon maaf dari orang yang dimarahi,cabutlah paku itu satu-persatu."kata ayahnya.Akhirnya kesemua paku itu berjaya dicabut apabila anaknya memohon maaf kepada orang yang dimarahinya. "Cuba kamu lihat,walaupun kesemua paku itu telah dicabut, masih kelihatan bekas lubang paku itu di tiang." kata ayahnya."Begitu jugalah apabila kamu memarahi seseorang pasti kamu telah melukai hatinya. Walaupun dia telah memaafkan kamu, pasti akan tetap meninggalkan parut di hatinya." sambung ayahnya lagi.Kini barulah anaknya mengerti. 

*tq rakan fb

Hanya ALLAH Di Hatiku


Bacalah sebutlah nama Penciptamu yang menjadikan. Menjadikan kamu manusia jika disebut namaNya di segumpal darah (qalbi). (Al-'Alaq ayat 1-2)

Bermula menyebut nama Allah di qalbi, mendapat kasih sayang Allah (Al-Fatihah ayat 1)

Dan sebutlah nama Penciptamu (Zikrullah) dalam qalbimu dengan merendah diri dan rasa takut, bukan dengan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Al-A'raf Ayat 205)

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah (Zikrullah), mereka itulah puak setan. Ketahuilah! Bahawa puak setan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (Mujadilah ayat 19)

Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu qalbinya untuk mengingati Allah (zikrullah). Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar ayat 22)

*tq 4 my fb friends...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...