Thursday, December 20, 2012

didera, terdera dan mendera

Assalamualaikum....

lama dah x menulis, diri yg memang x ada skill menulis ni bertambahlah tunggang langgang bahasa penulisan. tp ada hati nak jadik penulis lak tuh, cam Ramlee Awang Mursyid?~ceh! ahaahaa...^___^

saya nak berceloteh skit2. mengenai kitalah, manusia yang suka menghukum, menilai dan menghina sesama kita. salah satu deraan emosi yang sangat kejam. samaada kita yang kena atau kita yang mengenakan orang.

benda ni x habis2 berlaku dalam kehidupan kita setiap masa. kepada yg x pernah alami tu, bertuah dan bersyukurlah. sekurang2nya emosi anda tidak didera dan terdera.

bila emosi sudah terdera, sakitnya bukan main. kepada yang dah terbiasa tu, pasti dah lali dan kaku. x terasa apa2 lagi. kepada yang x tahan tu, mungkin bergaduh sakan kerana mempertahankan diri dari terus menerus didera. kepada yang lemah tu pulak, hanya air mata menjadi peneman. bagai awan mendung kat atas pale kita. apa lagi~lariklah! kita pasti ada salah satu daripada situasi itukan?

kepada yang mendera, amboi....! x habis2 mengganggu emosi manusia yang disangkanya kurang baik daripada dirinya, habis ditindas dengan deraan emosi yang hebat. hei, jgnlah membenci sseorang sehingga tenggelam kebaikannya. anda pun apa kurangnya. hanya dek kerana kekurangan yang sedikit itu kita terus-terusan menghukum orang tu gitu-gini, kita terus menilai mereka begitu-begini, kita terus menghina orang tanpa memperdulikan perasaan mereka~ why?

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian (celaka) kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

kepada mereka2 yang mendera emosi orang ni...STOP! sudah2lah... bak kata prof muhaya, asal nak mengumpat orang jer, asal nak mengata org jer, ambik getah, pakaikan kat tangan kita, tarik2kan. biar merah, biar lebam. tampar mulut tu biar bengkak. (boleh ker?)

kepada yg rasa diri terdera tu walhal x pun, kadang2 kita TERASA lebih...walhal sesetengah tu hanya teguran membina, so, anggaplah positif. insya'Allah, kita akan lebih sihat dan lebih ceria. yg paling penting kita jgn mudah tersentap. sabar tu paling2 bagus!

kepada yang kena dera tu, terang2 di dera..sabarlah yer... SABAR! jgn berhenti bersabar dan berdoa. tak pelah kalau nak menangis tu, menangislah. tapi jgn berfikir ketika kita terlalu sedih dan marah. kita akan mudah di pengaruhi syaitan. mendorong kita buat perkara2 salah. serius betul. paling2 tidak pun rasa nak lari dari rumahlah, sembunyikan dirilah. uhhh! x elok tu.... pastu menyesal~ padan muka! kan dah malu!!

biarlah apa yg mereka nak hina pun. kita jugak yang  dapat pahala. anggap jer semuanya bagai angin yang lalu. menampar2 pipi kita.~boleh gitu? ^^

apapun hidup wajib terus. jgn berputus asa itu penting.

-alhamdulillah...kadang2 kenyang dengan cacian org....

Tuesday, December 18, 2012

DOSA BERKUKU PANJANG



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG BABI, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... 

potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak menampakkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil dan suka melepak akibat diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah. 
Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. 

Ikutlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas...sunnah kuku dipotong di hari Isnin dan Khamis...

Pernah dengar orang tua2 kata :
Nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya ,tengok kuku dia.

wALLAHu'alam


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).


Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah meskipn tong sampah itu bersih.

Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. 


ary: paling benci kuku panjang



Kisah Abah dan Si Kecil




abah : kenapa tak tidur lagi ni wahai anak ku?

sikecil : tak nak tidur. takut...

abah : apa yang kamu takutkan anakku?

sikecil : saya takut saya akan tidur untuk selama-lamanya. adalah lebih baik saya habiskan masa saya untuk Allah. jadi kalau Allah tarik nyawa saya, saya sedang melakukan ibadah kepada Allah.

abah : anakku, sungguh jika kau tidur dengan niat agar kau dapat bangun di waktu pagi esok untuk melakukan kebaikkan, kau niat agar kau boleh lakukan ibadatmu dengan khusyuk untuk hari esok, kau niat hanya kerana Allah. tidur mu juga itu merupakan ibadah :')



sumber: koleksi ceramah ustaz don

Monday, December 17, 2012

Reminds




Bila syaitan mengingatkan kita tentang masa silam kita, kita ingatkan dia tentang masa depannya di neraka Allah SWT. Bertaqwalah dengan sebenar2 taqwa, pasti kita akan dibantu-Nya :-)

sumber: sham kamekaze

Saturday, December 15, 2012

Pasu yang Retak


Seorang wanita tua cina mempunyai 2 bekas pasu air yang di gantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai kerumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Keadaan itu berlaku setiap hari selama 2 tahun. wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlaku dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

"Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah disepanjang perjalanan ke rumahmu."

Wanita tua itu tesenyum dan berkata

" sedarkah kamu akan bunga-bunga dibahagian laluan kamu, tetapi tidak dilakukan dilaluan pasu yang lagi satu. Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga dibahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini."

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi keretakan & kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik yang bermanfaat. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

Friday, December 14, 2012

satu soalan....

macam nak luah, tapi tak terluah, cuma satu soalan.....

hinakah orang gemuk ni??

Thursday, December 13, 2012

PERGI

doa
hampir aku lemah
tak percaya
namun
aku sedar
kejahilan membutakan mata

pergi
jauh-jauh syak wasangka
yang menyekat realitiku

pergi
jauh-jauh prasangka buruk
yang mencemar hari-hariku

pergi
jauh-jauh perasaan ego
yang membatas pergaulanku

pergi
jauh-jauh perasaan hasad
yang mengotor hatiku

tuhan
selangkah ku rapat padamu
seribu langkah kau rapat padaku


Friday, December 7, 2012

Jom berkasih sayang kerana Allah!

 jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang , cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN seseorang -fb-

jom kita berkasih sayang kerana Allah!

SOLAT READY



Tiada telekung bukan alasan kita untuk tidak solat.

Istanbul tunggu aku datang!!!

kite nak komen filem kat sini. filem yang kite nak komen filem melayu.


 istanbul aku datang

best! rasa cam nak gi sanalah..^^



pengajaran:
~jgn mudah percaya kat owng,(cerita tentang kepercayaan sesebuah perhubungan)
~jgn biadap!(jgn biadap. ok!)
~jgn terlalu mengharap (biasa2 jew dah ler..)
~jgn tinggal solat!! (diorg x solat ponn....~)
~kena berani, mesti berani, jgn takut2
~sedia memaafkan kesalahan owng,
~realistik! (wajiblah!)

yg x best kat sini:
~kat kl ker. kat istanbul ker...adoi...selagi x kawin, x yahlah pelok2, cium2.....(~.....)
~x solat pun...(walaupun just filem...tapi...~)
~memanglah manusia ni ada yang x suka menilai owng lain, tapi x seharusnya menyetujuinya jika terang2 memang dah salah...(pendapat peribadi, tang lisa kata dia x nilai beto coz sangka dia gay...)

and ...byk lagi kot...lain owng lainlah pendapatnya....


*suka sgt kat beto, mula suka lisa, sgt x suka tomok! huahuahua...
*dah tengok sepah e movie, biasa jer....oklah dari orng myk vs pontianak! menyesal gile, x best langsung!!...seb baik org blanje...

cakap jer bolehlah...

manusia nih kadang2 cakap jer bolehlah. berlumba2 nak itu nak ini, hampeh!

manusia nih kadang2 suka buat cerita, suka reka cerita. bahasa halusnya suka buat fitnah. suka agak2. suruh tulis skrip tak pandai dan tak nak pulak tu.. hampeh!

manusia ni kadang2 suka fikir yang dia betul. kalau betul kenapa sentiasa tak betul? baik dari segi perbuatan dan keputusannya...hampeh!

dunia penuh kepura-puraan...

sebuah kisah buat iktibar...



Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis,kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben.Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah.

Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben. "Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih .

Dipanggilnya pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih .

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.."

Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja utk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini:

1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dlm kita mengejar cita-cita di dunia ni jgn lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yg lima . hadith mengatakan "KHAIRUL UMUURI AU SA TU HA".(MAKNANYA: SEBAIK-BAIK PERBUATAN IALAH YANG PERTENGAHAN). Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.


*cnp from email... redholah yer lebih2 lagi bila blog dah kena serangan virus....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...