Tuesday, July 10, 2012

kita TIDAK TAHU...


Monarch Butterfly from National Geographic

RAMA-RAMA tidak TAHU betapa INDAHnya WARNA sayap mereka, akan tetapi MANUSIA lebih TAHU betapa INDAHnya WARNA mereka.." Begitulah juga diri kita, TIDAK TAHU betapa INDAH dan ISTIMEWAnya diri kita. Namun begitu betapa ALLAH TAHU dan meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya...

Thursday, July 5, 2012

Kita Drpd Golongan Mana


Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang solat? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna solat. Bila kita tanya budak kecil apa itu solat, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita solat? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira solat ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak solat...takut juga kita dibuatnya



1. Golongan yang langsung tidak bersolat dan menolak perintah solat.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu solat. Malah tak tahu pun macam mana hendak solat dan tak ambil peduli langsung tentang solat. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersolat tanpa ilmu solat.

Mereka ini solat sebab terikut-ikut orang lain solat.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu solat pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. solat begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu solat tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Spain masuk World Cup final, solat pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau solat pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam solat

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' solat. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula solat jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu solat hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam solat. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang solat bagai tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan solat dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersolat tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian solat yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti solat mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam solat.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam solatnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam solat. solat mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan solatnya. Nak khusyuk macam  mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersolat dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain solatnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada solat. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang. Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam solat, tetapi dapat juga rasa lazat dalam solat, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai solat mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk solat tetapi betul-betul seronok nak solat. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu solat (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan solatnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa solat kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan solat, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan solat ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalaminn...


*entry ini dah lama, saya selongkar dari kotak email. harap maklum...:)

Tuesday, July 3, 2012

BEFORE

pic frm sham kamikaze fb


Ambiklah sebakul buah ni...

apabila kita sering dihina, banyakkanlah bersabar, kerana dunia ini tetap berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang perubahan. detik waktu akan tetap berjalan. walaupun bg kita yg dihina ini terasa bagaikan ada batu besar yang menghempap badan, terasa jarum jam terputus.....adoiii... yang sebenarnya dunia ni aturannya sentiasa normal. takkan berubah pun dek kerana ada org yang menghina kita. kita pun normal. emosi kita yang terusik.

memanglah.,hancur berkecai hati ini. ada yang nampak sangat tabah, tapi dalaman bagai tsunami dahsyat yang hanya Allah yang tahu. kesedihan hati seperti hujan ribut ditengah lautan yang sedang bergelora. mana tidaknya, teruk kita di hentamnya. teruk kita dihinanya.... kasihannya diri kita.

ucapkanlah terima kasih kepada si penghina kita itu tadi.bagi mereka itu sebakul buah2an, kuih atau jajan. bukannya apa, sekadar tunjukkan betapa kita berterima kasih kerana mereka telah memberi banyak pahala mereka kepada kita. :)

kesimpulannya kat sini biarlah kita dihina oleh manusia daripada kita dihina oleh Allah...jauhkanlah... kasihanilah mereka kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk memuji kita.



bagi saya, lebih elok kita di hina dan di keji kerana ia mengajar kita erti sabar dan menyedari kekurangan diri drpd kita asyik dipuji sehingga kita rasa bangga diri. sudah pastinya rasa enak dipuji akan membawa kepada sifat2 negatif yang lain seperti sombong,riak, cakap besar dan sbginya.

ini sekadar pendapat saya saja.......terima kasih yer kepada yang berkenaan...tqvm..:)

Monday, July 2, 2012

ADAKAH AKU BERDUSTA TENTANG CINTA..


ADAKAH AKU BERDUSTA TENTANG CINTA..
APA ITU CINTA?


CINTA itu adalah penyebab kita menjadi penipu terbesar!!!
kita hanya mencintai apa yang nafsu kita suka....

ketika di alam roh kita mencintai Allah kerana hanya Allah satu-satuNya untuk kita.
Dia memasukkan roh ke dalam janin dan Dia melakukan segalanya untuk kita..

ketika kita lahir ke dunia ini hakikat cinta kita telah berubah..

ketika kecil kita cintakan ibu kerana ibu menjaga makan minum kita,
menggantikan lampin kita dan membersih najis kita..
ibu mendodoikan kita dan ibu sentiasa gelisah bila kita menangis dan ibu segera memahami apa kehendak kita ketika itu..
dan ibulah orang yang sangat kita cinta..

Namun ketika menjejak usia remaja kita bercinta pula dengan kekasih,
kita cintakan kekasih kerana dia begitu baik dengan kita,
sentiasa mengambil berat tentang kita mahupun bertanyakan khabar tentang kita jika berjauhan,
kekasih kita juga selalu menghadiahkan kita sesuatu barang yang bernilai kepada kita..
kita juga cintakan kekasih kerana dia juga melayan nafsu kita..

Bila kita telah semakin dewasa kita pun berkahwin lalu kita cintakan pula pasangan hidup kita kerana dia menjadi pembantu kita di dalam hal rumah tangga..
siang dan malam selalu bersama,
ketika sakit dialah yang ada menemani di sisi..
ketika ada masalah kita luahkan perasaan kepadanya menyebabkan kita cintakan pasangan hidup kita..

Bila kita semakin tua kita cintakan pula anak dan cucu kita kerana mereka menjadi penyejuk mata kita...
mereka adalah darah daging kita, mereka adalah satu anugerah..
lalu membuatkan kita cintakan anak-anak dan cucu-cucu kita..

jadi, apakah kamu berfikir di mana kamu dan bagaimana kamu telah abaikan cinta kamu yang terdahulu..??
(walaupun kamu mendakwa, aku juga cinta pada yang lain sedangkan sebelum itu cinta sebelum itulah cinta kita yang paling kita agung-agungkan)

Contoh paling mudah...
sewaktu kita kecil..
kita tidak boleh tidur kalau ibu tiada di sebelah dodoikan..
kita tidak tenang kalau tidak nampak ibu kita..
kita tidak boleh berenggang dengan ibu...

tetapi bila kita sudah mula bercinta dengan yang bukan mahram..
kita sudah boleh hidup pula tanpa ibu..
tidak nampak ibu sehari pun tidak rasa apa-apa...
tetapi kekasih kita itulah pula yang kita agung-agungkan seperti kita agungkan ibu suatu ketika dahulu...
bila ditanya sebelum kenal kekasih bagaimana cintamu kepada ibumu..?

kita menjawab..

ibulah segala-galanyanya..
namun bila ditanya soalan yang sama selepas kenal kekasih..
kita menjawab..
ya, aku juga cintakan ibu...

Sebab itu para sufi berkata sesungguhnya tangan itu dua,
kaki itu dua, mata itu dua tetapi hati hanya satu dan hanya muat untuk satu cinta...
yakni cinta yang kekal..

Ketahuilah bahawa Tuhanmu itu hanya satu..
maka hati yang satu itu untuk Allah yang satu dan cintaNya yang satu...
tidak mungkin bertemu dua cinta di dalam satu hati sepertimana yang telah di terangkan di atas...
kalau kita cuba juga jadikan dua cinta dalam satu hati...
maka kita berbohong...
pasti kita akan cintakan yang satu lebih daripada yang satu lagi...

dan di jelaskan juga kenapa kaki, tangan dan mata dua tapi hati satu..
kerana andai kita letakkan Allah ditangan...
maka hanya tangan kita saja yang taat pada perintah Allah..
kaki, mata dan anggota yang lain tidak dapat taat pada perintah Allah sebab tiada kehadiran Allah di situ..
tetapi bila kita letakkan Allah di dalam hati kita...
sesungguhnya hati itu adalah raja kepada seluruh anggota badan..

(di dalam sebuah negara, raja mestilah hanya satu saja, tidak boleh ada dua..
begitu jugak dengan diri kita, hati yang satu itulah raja kepada seluruh badan)

maka apabila raja taat perintah Allah..
maka rakyat pun akan turut taat kepada segala suruhan Allah...
sebab itulah hati itu satu dan wali Allah menggelarkannya ka'batullah yakni rumah Allah..

Jika orang bertanya...
kalau hati hanya muat untuk satu cinta yaitu cinta pada Allah
bagaimana dengan cinta yang lain?
takkan tidak boleh cinta pada ibu, bapa, keluarga, anak-anak, harta, mahupun pangkat?

maka ketahuilah saudara-saudaraku bahawa dalam sebuah hadith barangsiapa mencintai Allah dan taat perintahnya..
maka Allah akan isytiharkan kepada semua malaikat yang 'Aku cintakan orang itu'..
maka seluruh malaikat akan mencintai orang itu dan turun ke bumi dan isythirkan kepada semua makhluk bahawa Allah cintakan orang ini...
maka seluruh makhluk tadi akan mencintai orang ini...

contohnya seperti rasulullah s.a.w bila baginda hendak qada hajat di luar rumah...
pokok-pokok akan berjalan mengelilingi rasulullah s.a.w dan rendahkan daun-daun mereka agar rasulullah s.a.w terlindung dan dapat qada hajat dengan sempurna...

dan juga seperti yang telah terjadi kepada para sahabat nabi s.a.w yang berjalan di atas air dan banyak lagi sebenarnya kejadian-kejadian yang lain pula yang pernah berlaku..
seluruh makhluk akan cintakan mereka dan berkhidmat kepada mereka..

sesungguhnya Allah itu pemilik cinta dan barangsiapa memiliki cinta Allah maka seluruh cinta menjadi miliknya..

tetapi hari ini kita telah meletakkan cinta Allah di tempat yang paling belakang...
dan cuma datang kepadaNya apabila semua cinta kita yang lain tinggalkan kita dan tidak mampu menolong kita..

kita menperduakan, menpertigakan, memperempatkan,
memperlimakan cinta Allah atas alasan 'aku tak lupakan Allah, aku juga cintakan Allah..'

cuba lihat apa al quran kata tentang cinta surah at taubah ayat 24
dan banyak lagi ayat-ayat yang lain yang membahaskan tentang cinta...
di dalam surah at taubah ayat 24 tadi Allah dengan tegas melarang cinta pada ibu bapa, anak-anak, isteri, ternakan, ladang-ladang, harta benda selagi kita tidak meletakkan Allah,
dan rasul sebagai cinta tertinggi....
Bukanlah bermakna Allah tidak benarkan kita cintakan ibu bapa dan isteri atau suami kita..
tetapi Allah mahu kita penuhkan hati kita dengan cinta kepadaNya dan cinta yang lain-lain tu pasti akan menjadi milik kita..

sesungguhnya insan paling romantik dan faham mengenai hakikat cinta ialah
Nabi Muhammad saw,
kemudian 5 rasul ulul azmi,
kemudian 313 rasul,
kemudian 124 ribu nabi,
kemudian 4 khalifah rasul,
kemudian 313 ahli badar,
kemudian 124 ribu para sahabat ra,
kemudian para tabi'in,
kemudian para tabi' atbi'in,
kemudian para wali, kemudian para ulama.....
selain mereka,
tiada siapa yang faham hakikat cinta dan cuma memahami cinta menurut nafsu mereka..

Sesungguhnya HAKIKAT CINTA dan CINTA itu seperti langit dan bumi...
kita kalau mencintai seseorang kita akan menjaga dirinya sebaik mungkin,
segala keperluannya kita penuhi,
satu calar pun kita takkan biarkan hinggap pada apa yang kita cintai...
cuba untuk tidak sesekali menyakitinya,
sehingga kita sanggup walaupun berkorban nyawa sekalipun..

tetapi api cinta Allah berlainan,
Allah jika cintakan seseorang Allah akan memberinya kesusahan,
kesakitan, penderitaan, tangisan mahupun titisan darah..
sepertimana yang terjadi kepada rasulullah s.a.w ..

BUKANKAH NABI KITA ADALAH KEKASIH ALLAH?
kalau benar baginda kekasih Allah, kenapa Allah biarkan kekasihNya menderita?
ikat perut dengan batu sebab terlalu lapar yang amat sangat?
sadangkan orang-orang kafir yang Allah murka itu Allah berikan kemewahan kepada mereka?
itulah bezanya cinta dan hakikat cinta..

Hakikat cinta itu ialah yang mengubah paksaan kepada kemahuan..
sesungguhnya jika aku dan kamu berkata kami cintakan Allah,
wallahi aku dan kamu berdusta!

Sesungguhnya cinta itu belum datang selagi nafsu kita tidak mengikut kehendak agama,
selagi perintah-perintah Allah kita lakukan tanpa paksaan...

Orang yang cintakan Allah itu takkan memenuhi perintah-perintah Allah kerana mereka tidak perlu di perintah..
mereka melakukan perintah-perintah Allah kerana kemahuan mereka bukan kerana di perintah...
sesungguhnya kata lain kepada perintah itu ialah paksaan...
segala yang Allah mahu di sebut perintah kerana nafsu kita bercanggah dengan apa yang Allah mahu dan Allah maha mengetahui hambaNya tidak cinta padaNya..
sebab itulah Allah perintah kita..

Contoh paling mudah untuk di fahami ialah...
orang yang cintakan Allah akan datang ke masjid sebelum azan..
kerana mereka datang tanpa paksaan..
mereka datang dengan rela dan penuh rasa cinta..

tetapi orang yang tidak cintakan Allah datang selepas azan selepas di perintah datang kepada solat dalam kalimah azan..
mereka berkata oh, dah azan!
maka mereka pun datang ke masjid kerana telah azan
(di perintahkan) tanpa rasa apa-apa cinta kepada Allah dan mereka solat itu kerana telah masuk waktu solat bukan kerana cinta..

sebab tu mereka terkejut bila sudah azan sebab mereka tidak ambil peduli pun bila akan masuk waktu sembahyang..
jadi orang yang cintakan Allah itu ialah yang beribadat tanpa di suruh..
andai solat lima waktu tidak wajib..
mereka tetap akan buat atas sebab cinta..
tetapi orang yang tidak cintakan Allah..
mereka beribadat kerana terpaksa dan di perintah...
andai solat lima waktu itu tidak wajib, tentu mereka tidak akan buat..

Allah juga menguji cinta-cinta hambanya dengan perkara sunat...
lihatlah jutaan muslim dan muslimah yang telah ramai tinggalkan amalan sunat atas alasan
"alaa sunat je, bukan wajib pun"..

jadi mereka tunggu di perintah dahulu barulah mereka akan beramal...
jadi pengakuan mereka tentang cintakan Allah adalah tipu dan dusta..
dan apabila perkara makruh di halang..
mereka menjawab "ala makruh je, bukan haram pun"..
jadi mereka menunggu perintah ia jadi haram baru akan tinggalkan sesuatu....

Jadi itu bukanlah cinta...
umpama pekerja dengan majikan...
pekerja hanya bekerja kalau majikan suruh...
mana ada pekerja yang berkerja dengan majikan kerana CINTA...
jadi fahamilah apa itu cinta Allah dan hakikatnya sebelum melafazkannya...
sesungguhnya lafaz itu banyak syaratnya...

CINTA Allah yang tiada tepi dan kekal selamanya...
sedangkan cinta palsu itu hanya sementara dan kebanyakannya adalah pura-pura..

Saya harap semua faham apa itu hakikat cinta,
dan kalau nak lafazkan kalimah "Aku cinta Allah" fikir-fikirkan...


terima kasih, ary copy from shbt fb, Akmal Murad...

Sunday, July 1, 2012

Sahabat Yang Paling Baik



Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah
sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan
kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
(Hukamak)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...