Tuesday, June 26, 2012

Couple itu HARAM????


KISAH UNTUK PERINGATAN BERSAMA...
(DARI SAYA UNTUK KAMU, DAN DARI KAMU UNTUK SAHABAT JUA SAHABIAH)
*****************************************************************************

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna,
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka,
Saya nak join, kawan kata saya menyibuk
Ada pula yang kata saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah...
Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak..
Kononnnya nak tarik perhatian orang lain..
Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya..
Terutamanya budak-budak perempuan..
Budak-budak lelaki semua panggil saya ‘mat capub’ (cari publisiti)..
Tapi saya tak kisah... asalkan ada yang terhibur...
Tapi saya tetap merasakan kekosongan...
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita..
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu bercinta?”
Dengan menggunkan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu...
Saya pula mula menanam tekad untuk ber ’couple’…
Dan masa itulah saya kenal awak..
Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah.. nak beli jugak..
Akhirya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah bercinta..
Masa bercinta memang saya sangat-sangat bersemangat.
Apa orang kata.. ’ALL OUT’lah..
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam… kadang-kadang saya pun habis 10ringgit semalam..
Tapi segala pengorbanan yang dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Masa bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau..
Sikit-sikit gelak-gelak..
Kalau merajuk sama-sama pujuk..
Kalau birthday kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini, terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir..
Biarlah kawan-kawan saya pandang semacam..
Kata saya macam-macam...
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa...
Dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..
Menginginkan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan..?
Sejak dari saat itu, saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Quran..
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak..
Saya taknak jadi baik seorang diri..
Jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
Saya kejut awak bangun subuh.. (calling)
Saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mua awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah jadi alim, nak berhenti couple..
Saya kata, kita bukan buat benda salah..
Bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang je..
Ade yang siap wat maksiat lagi..
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang..
Janji taknak jumpa takut berlaku maksiat..
Cuma sms dan call je..
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya slalu doa supaya kita akan kekal..
Sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran..
Kalau kita tidak berdakwah...
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak...
Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-A’raf, surah ke tujuh, ayat ke 164 :
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara meraka berkata : ” Mengapa kamu menasihati kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab : ” Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa”.

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik,
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa..
Saya mesti nak tegur..
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman,
Ape lagi, tegur je la depan-depan..
Lepas tu, satu masa... Saya terbaca pasal couple..
“Couple Haram”
Saya tak percaya.. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
Macam betul pulak... tapi biasalah...
Kalau kita suka satu benda tu..
Kita tetap akan cari alasan untuk ’membenarkan’ pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
Dan teruskan saja hubungan kita..
Kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang-pegang tangan..
Tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat... Tanya kabar... Borak-borak..
Siap bagi tazkirah lagi...
Apa yang haramnya benda ni?
Tak kisahlah...
Masa terus berlalu..
Masa ni dah dekat Trial SPM.. Lagi tiga minggu sebelum trial..
Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
Buat study group, pada masa yang sama beri tazkirah..
Ada yang terima.. Ada juga yang buat tak tahu..
Kadang-kadang bila tegur... saya kena marah pula..
Macam-macamlah alasannya..
Ada kata saya tegur tak berhikmah..
Ada yang kata saya nak menunjuk-nunjuk..
Tapi tak kisah..
Saya ada tempat mengadu..
Suatu masa.. Ketika sedang mentadabur Al-Quran seorang diri..
Saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain (mengejakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (taurat0? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Lepas tu terjumpa pula ayat ini...
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
“Alah kau tu.. cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak... sama je kau dengan kami.. tegur orang konon..”
Berfikir sejenak.. Sebenarnya ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menanggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam saya fikir.. dipendekkan cerita skali lagi...
Saya mengikuti satu seminar dakwah di kedah..
Saya harap dengan seminar ini kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms dengan awak dalam bas..
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya... ” Ni kira dakwah juga.. saling ingat-mengingati..”

Majlis malam itu berakhir dengan sesi taaruf, pukul 10 semua orang
dah bebas untuk aktiviti sendiri.. Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjan-panjangkan program sampai tengah malam..
Pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya fasilitator yang ada disitu...
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple..
Tapi saya teragak-agak..
”Kalaulah betul couple tu salah... habis tu nak buat macam mana?
Aku kena clash ke?
Alah, buat apa fakir macam tu… Tanya je la..”
“Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal
seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la.
Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”
“Bercinta ke?” saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata...
Mesti dia marah nanti. Saya pun angguk.. Lepas tu saya tanya...
”Sebenarnya... couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal adan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga..
Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ surah ke 17,dalam ayat yang ke 32 :
“Dan janganlah kamu mendekati zina : sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
“Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina.
Niat kami baik,saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.
Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi.
Kami selang-selang bagi.
Hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah
“Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tidak menghalalkan cara..
Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjukkan saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puin-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalang mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut, Surah 29, ayat 38)
“Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah
setan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan.
Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi.
Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik.
Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta mesej dia, anta ingat Allah.
Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata. ”Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lagi.
Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama
menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
”Em betul, anta dah janji taknak jumpa dia lagi. Anta dah dapat elakkan
Zina mata, zina tangan, zina kaki, kalau anta janji taknak call die pula, anta dapat elak
zina telinga dan zina lidah. Tapi anta masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila ber’couple’..”
”Zina hati?”Saya menduga..
”Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulallah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina itu. Anta boleh check dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulallah bersabda , mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun yang anta buat, anta tetap tak dapat lari dari zina hati.”
Saya terdiam kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brader tu kata tiada salahnya. Kemudian dia sambung.
”Ana dulu pun couple gak. Lagi lama dari anta. Sejak sekolah sampai masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau ikutkan besar masalah ana daripada anta.”
”Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ini. Sebab kami dah rapat sangat.” Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brader tu cerita benda ni. Nasib baik tak ada orang lain masa tu. Brader tu jawab.
”Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata dibelakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya terdiam lagi.
”Pasal dia pula, cuba anta fikirkan dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta buat itu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.”
Saya dah tak tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya sedar saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple itu haram. ”Jadi apa saya nak buat bang?”
”Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf,kita berakhir disini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.” ” Maksudnya, say atak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh saya hubngi mereka?”
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.
”Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni. Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.”
”Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tinggalkan benda ni jugak. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasanya tak sanggup.” ”Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.” ”Eh, tak apalah bang, biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkan diri..
”Semuanya dah jelas, buat apa aku nak tangguh lagi..Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Aku slalu berdoa supaya dijauhkan maksiat... Jadi rasanya...”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu...
”Assalamualaikum.. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang berlaku. Kalau ada jodoh insyaAllah, akan bertemu juga. Assalamualaikum...”
Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika.. saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya saya dah hantar satu sms dan clash dengan awak..
”Terima kasih bang..” ” Takpe dah tanggungjawab.”
Malam tu saya tidur engan linangan air mata.. Tak sangka...., memang tak disangka... Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..
Tetiba saya teringat ayat Allah ... Surah Al-Baqarah, ayat 216.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba.
Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tujuk segala dalil... Macam-macam yang berlaku..ada kritikan.. ada juga yang setuju.. tapi tak kisahlah semua tu...
Tiba-tiba satu pagi dapat ni, dapat sms daripada awak... awak bagi gambar bunga... bawah tu ada ayat...
”Seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya... Saya pun fikir... ”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantar la sms ni. Dan rasanya itulah yang terakhir..
”Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi... seindah manapun gubahan bunga itu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum...saya tahu, dulu saya cakap kalau ada jodoh, insyaallah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. Lagi satu..
Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah... Tiada penipuan, tidak pernah mengecewakan, itulah cinta abadi, cinta yang diredhai...
-Yang Terakhir-”
[SEND]
[SENDING}
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua demi redha Allah. ALLAH akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik.
Selamanya..
************************************************************************
Lepas baca cite ni kan, mungkin ada antara kita yang ingin menafikan kebenaran yang diceritakan. Bagi yang tengah couple akan pejam mata setelah baca cerita ni. Kita masih xdapat terima hakikat. Tak dapat untuk terima kenyataan. Setelah baca cerita ini kita dapat kenalpasti antara yang hak dan yang batil. Kita tak boleh menghalalkan sesuatu hanya kerana kita sukakannya. Islam telah menetapkannya dan ia pasti ada hikmahnya. Islam bukan complicated dan ia bukan tekanan bagi kita. Islam is the way of life. It simple, amalkan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang.

Dalam sesuatu perkara kita nampak ia jelas haram dan berdosa. Contohnya seperti meninggalkan solat, kita tahu hukumnya berdosa. Tetapi dalam couple kita menafikan dosa yang dilakukan. Apa yang haram akan kekal haram. Matlamat tidak akan menghalalkan cara. Kedamaian akan hilang andaikata sesuatu perkara yang haram itu dihalalkan, begitu juga jika sesuatu perkara yang halal itu diharamkan. Couple bukan cara kita dan ia bukanlah budaya islam. Jangan kita jadikannya suatu kebiasaan. Bila ia menjadi kebiasaan, orang lain akan mula menjadikan kita sebagai idolanya. Dalam kata lain, kepimpinan melalui teladan. Apakah teladan yang kita tinggalkan untuk generasi yang akan datang. Kita juga akan turut berdosa jika mereka menurut yang salah. Sama2lah kita ubah diri kita sebelum terlambat. Percayalah bahawa jodoh itu ditangan tuhan, bukannya ketentuan kita.
SEKIAN...MUNGKIN KITA BOLEH BERI PADA SAHABAT2 YANG MASIH DALAM DILEMA DUNIA COUPLE..Y NOT???

TERIMA KASIH, copy from shbt fb Raja Yunk...

Monday, June 25, 2012

kadang2, kita bertanya pada diri....

kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....kadang2, kita bertanya pada diri....diri pun x dapat jawap apa2 pun...tanyalah pada Allah...apapun dapat jawapannya....mmmm.....

Saturday, June 23, 2012

Jangan menunggu.....




Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..

Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..

Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..

Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..

Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..

Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..

Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..

Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..

Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..♥


sumber gambar; national geografic




terima kasih rakan fb. nasihat ini utk diriki juga yg sgt lalai, lupa dan lemah....:'(

Friday, June 22, 2012

Berapa banyak Spam daaa....

Assalamualaikum....
dah lama tak menulis sendiri nih. btw. saya memang jarang update blog. org lain dah maju ke depan saya masih ketinggalan dari pelbagai aspek. apapun...ada sape2 kesah? huhuhu...

maka dengan itu. bila saya bukak jew pintu blog yang berkunci ni, byklah habuk...kemas2lah skitkan... masuk kat bilik comment...adalah ciput2 jew yang rajin nak komen..faham sgtlah, bila komen x de respon, sapo yang nak mengomennyo!.....

bilo saya bukak bilik komen yang sebolah eh....mak oiii...byk bona spam comment! oklah...bagi saya byklah....huuuu....malu tul... kalu setakat 3-4 ratus spam komen...byklah tu bg saya ni...heeee....

belek punya belek, ghalit pulak. hehehe... mcm2 promosi kat spam comment ni. ada jual ubat tutttlah... ada suruhbeli program internetlah, dari thailand, jepun, china...tulisan..huuu x paham. ada jugak yang komen tanpa nama termasuk dalam spam comment.

btw, syukur jugaklah komen2 yg dianggap sampah tu automatik ditapis dlm spam komen. kalu tidak jenuh jugaklah. virus pun byk... mmm...

kepada pembaca yg singgah ke blog saya, terima kasih...:) saya byk berkongsi ilmu yg org kongsikan pada saya. syukur....semoga ilmu yg manfaat ini tidak akan sia2 dan memberi kebaikkan kepada semua.

saya sebenarnya lama x menulis, nntlah...jika ada kelapangan, ingin menulis semula. :) dah tumpul dah nih...kena asah balik nih. bahasa pun tunggang langgang. sabau ajelah...

ok ler... tidu dulu eh....:) ~3:02am~





MUKJIZAT SEDEKAH


MUKJIZAT SEDEKAH .. ♥♥♥

Sedekah bermaksud membelanjakan harta pada jalah yang diredhai oleh Allah. Termasuk didalamnya memberi sesuatu semata-mata untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Sabit dari beberapa ayat Quran dan banyak hadits nabi, sedekah mempunyai balasan pahala yang sangat besar.

1. Allah menyebut dalam Surah Al-Baqarah, sedekah diberi ganjaran 700 kali ganda. Ini dibuat perumpamaan seperi biji benih yang tumbuh bertangkai-tangkai dan berkembang biak.

2. Sabit dari hadits nabi juga, sedekah boleh mengubati penyakit. Ia direkodkan oleh Imam Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani.

3. Sedekah jug disebut sebagai satu dari amalan ringan yang diberi ganjaran besar. Sekali kita melakukan sedekah, Allah memberikan pahala yang berterusan setiap hari selagi mana sedekah itu dapat dimanfaatkan. Ia disebut sebagai sedekah jariah. Imam Muslim antara yang merekodkan teks hadits ini.

Itu sebahagian dari manfaat sedekah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.

Sedekah merupakan terapi pembangunan diri (self development) yang sungguh berkesan. 


~tq kak Hasna~

Thursday, June 21, 2012

Apa itu Qadha' & Qadar?


Apa itu Qadha' & Qadar?


Definisi oleh Imam Al-Asy'ari
Qadha' : penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah SWT
diazali bagi segala-galanya.
Qadar : perlaksanaan Qadha' itu, iaitu segala-galanya yang telah ditentukan oleh
Allah SWT diazali itu pasti akan berlaku dan tidak boleh tidak.

Definisi oleh Imam Al-Maturidi
Qadha' : perlaksanaan atau kelulusan segala apa yang telah ditentukan oleh
Allah sejak azali.
Qadar : penentuan Allah SWT diatas segala-galanya sejak azali lagi.

Mengapa berbeza ?
Perbezaan adalah kerana kedua ulama itu menafsirkan makna asal perkataaan Qadha' dan Qadar dari dua sudut yang berbeza.

Penafsiran Imam Al-Sya'ari
Qadha' : hukum -> menentukan
Qadar : Qudrah -> kekuasaan

Penafsiran Imam Al-Maturidi
Qadha' : tanfiz -> melaksanakan
Qadar : takdir -> menentukan
Jika diperhatikan kedua pendapat itu, pendapat Imam Maturidi lebih kuat dari segi bahasa, tetapi dari susunan letaknya 2 perkataan Qadha' dan Qadar didalam hadis Nabi, maka pendapat Imam Al-Sya'ari adalah lebih tepat. Andainya mengikut logik, penentuan mestilah berada terlebih dahulu sebelum perlaksanaan. Hukum mempercayai Qadha dan Qadar. Mempercayai Qadha' dan Qadar itu adalah sebahagian daripada rukun-rukun
iman. Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut,

"Tiap-tiap suatu mestilah menurut Qadha dan Qadar".

Qadha dan Qadar ini rumit dan tidak mudah difahami oleh orang kebanyakan. Maka Nabi Allah telah melarang kita daripada mempersoalkannya sebagaimana sabda baginda,
"Apabila disebutkan (atau dibincangkan) perkara Qadha' dan Qadar itu maka
hendaklah kamu diam sahaja"


Hakikat Qadha' & Qadar
Banyak timbul salah-faham akan hakikat Qadha' & Qadar ini terutama bagi mereka yang
terkeliru. Apakah sebenarnya maksud Qadha' & Qadar ini? Bolehkah Qadha' berubah?
Sabda Nabi SAW,
"..dan ketahuilah bahawa jika suatu kumpulan umat manusia yang ramai
hendak memberi kebaikan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya memberi apa2 kebaikan kepada engkau melainkan menurut apa yang dahulu
ditulis oleh Allah bagi engkau. Dan begitu juga sebaliknya jika mereka
hendak mendatangkan kerosakan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya mendatangkan apa-apa kerosakan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis Allah bagi engkau. Telah diangkat qalam-qalam (pena-pena) itu dan telah kering tempat tulisan itu."

( Riwayat Tarmidzi )
Nyatalah pada kita sekarang yang apa sahaja yang berlaku telah ditentukan
oleh Allah SWT. Manusia tidak boleh mengubahnya.

Bagaimana dengan nasib manusia?
Oleh kerana segalanya telah ditentukan, bererti nasib tiap-tiap manusia juga telah ditentukan. Kalaukaya, kayalah dia..kalau bijak..bijaklah dia! kalau miskin..miskinlah dia. Jadi, apa faedah manusia disuruh berusaha dan berdoa jika dia sudah ditentukan menjadi miskin? Tidakkah manusia boleh mengubah atau membentuk nasibnya sendiri?
Firman Allah SWt di dalam surah Ar-Ra'd : 11,
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya".

Nabi junjungan kita juga ada bersabda,
"Tidak dibalikkan (atau diubah) Qadha' melainkan dengan doa"


Apakah kedudukan sebenarnya?
Sesetengah ulama' ada berpendapat yang manusia itu mempunyai Qudrah Juzlah yakni kuasa kecil. Yang sebenarnya, manusia memang tiada kuasa cuma kuasa kecil yang dimaksudkan disini adalah ikhtiar. Manusia boleh memilih atau berikhtiar untuk melakukan sesuatu perbuatan. Manusia boleh mengarahkan Qudrah yang Allah beri untuk membuat apa yang mereka kehendaki. Disebabkan ikhtiar inilah, manusia diberi pahala dan dosa.

Hikmah mempercayai Qadha' & Qadar
Bila kita sudah 100% beriman kepada Qadha' & Qadar ini, Insya Allah jiwa kita kan tenang, redha, tidak rasa sombong dan tidak mudah berputus asa kerana kita percaya segala-galanya adalah ketentuan Ilahi sejak azali lagi. Kita sebagai hamba Allah, hendaklah menggunakan iktiar akal fikiran berserta usaha dan doa dalam proses mencari sebab kesudahan kita nanti. Jangan menyalahkan takdir kerana kita yang menyebabkannya begitu! Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

wallahualam

Wednesday, June 20, 2012

Kekalahan Abid


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani...

Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum bahawa ada seorang Abid dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat.

pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu.

Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. Syaitan pun bertanya,

S Engkau hendak ke mana?
A Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah orang
S Kenapa engkau hendak menebang pokok itu. Engkau tinggalkan ibadat engkau hanya kerana satu perbuatan yang sia-sia
A Ini juga merupakan satu ibadat
S Tidak sekali-kali aku akan membenarkan engkau menebang pokok itu


Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid,

S Dengarlah kata-kataku. Perkara menebang pokok itu bukanlah Allah wajibkan ke atasmu. Pokok itu pun tidak mengganggu amal ibadat kamu dan kamu pun bukannya menyembah pokok itu. Tuhan telah mengutuskan para AnbiyaNya. Jika ia mengkehendaki, pasti Dia akan memerintahkan Nabi-nabi menebang pokok itu
A Aku tak peduli. Aku mesti menebang pokok itu. Buatlah apa pun yang engkau suka

Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata,

S Dengarlah kata-kataku yang terakhir ini. Ia mungkin menguntungkan engkau. Engkau ini seorang miskin yang menjadi beban kepada masyarakat. Kau biarkanlah pokok itu dan ambil tiga dinar (wang emas) setiap hari dari bawah bantalmu. Dengan wang itu, kau akan memenuhi keperluan seharianmu, menunaikan hak keluargamu dan membantu fakir miskin. Kau boleh gunakan wang itu untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan dirimu. Jika kau tebang pokok ini, kau hanya mendapat satu pahala sahaja. Sedangkan penyembah2 pokok ini pasti akan mencari pokok lain untuk disembah

Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya.Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan.

S Engkau hendak ke mana?
A Aku hendak menebang pokok itu
S Kini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi

Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,

A Kenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau?
S Dahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang

sesungguhnya perbuatan yang dikerjakan kerana Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sesungguhnya, keikhlasan itu sahaja yang dipandang oleh Allah Ta’ala. Semua amalan dinilai berdasarkan keikhlasan pengamalnya.

kerana tamak,memandang dunia,mementingkan diri akhirnya seorang abid pun tergoda.inikan kita sebagai manusia biasa.
tak salah mengejar 2,3 dan seberapa banyak pun kebaikan.yg penting ikhlaskan hati kita kerananya.
sama samalah kita beringat ingat dan berpesan pesan.
amin yarabbal alamin.........

Dimana Kecantikan Lelaki?



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...