Sunday, August 28, 2011

EMOSI SATU UJIAN


Aku bersyukur ya Allah..atas segala rahmatmu…
Seusia yang semakin byk ini, byk mengajar kita erti kesabaran. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai ujian yang kadangkala tak mampu kita tanggung.

Namun, sebagai manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, perangai mengadu, sifat manja dan kerinduan itu sering menjadi topik harian atau pun alasan mengapa kita perlu bersedih atau terlalu emosi pada setiap hari.Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.

Perasaan beremosi merundum ini bukan apa2..sekadar hati seorang manusia yng bila diusik dan di sentuh kenangan, bagai suatu magnet dalam jiwa tertarik kearah emosi yang tak dapat ditahan2. disitu kiranya, kita sedar ujian yang di berikan oleh Allah kepada kita, insan hina dina ini.

Pada saya pula...Sejauh mana saya dapat bertahan? Saya selalu berfikiran fositif. Lebih terbuka, dan paling penting, saya pasrah pada segala yang Allah berikan pada saya. Namun, seringkali saya tewas juga.Kadang2 saya sedar yang usaha saya memerangi ujian Allah itu tidak saya lakukan dengan bersungguh2. untuk apa saya bersedih jika ujian yang diberi saya buat sambil lewa?

Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil mengahadapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.

Saya selalu memarahi diri sendiri kerana gagal bersabar dalam menahan emosi dari terus menerus menguasai diri. namun, saya selalu mengingati diri berdasarkan sabda Rasulullah ini,cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.jadikanlah masalah itu sebagai tanda cinta ALLAH pada kita...bukan sebagai bebanan..

Dalam sibuk mencari kesenangan dunia,saya menyedari sesuatu. Kesenangan hati dan ketenteraman jiwa lebih berharga dari pangkat dan kekayaan. kemudiannya saya sedar yang saya tidak mampu berbuat apa2 dengan apa yang telah terjadi atau apa yang sedang terjadi, kecuali berdoa dan bertawakal sahaja. Saya sedar, jika saya tidak dapat menahan emosi yang berlegar2 dlm hati ini, ia akan lebih berkuasa daripada akal saya sendiri.


Sebagai insan biasa yang penuh emosi ini, saya pasrah. Mungkin inilah ujian saya. Sesukar mana saya dalam masalah saya, sesedih mana perasaan saya, tentu ada yang lebih teruk daripada saya. Jika emosi yang sedikit itu tidak saya kawal,bagaimana hendak saya kawal benda2 lain pula? mmm....hidup ini mungkin terlalu panjang buat kita, tapi sebenarnya singkat sahaja.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu lain dibukakan.Tapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Semoga hari ini dan esok menjadi lebih baik dari semalam...

Saturday, August 27, 2011

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN


Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk 
IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI klik utk baca...)

saya suka mengambil ikhtibar tentang kematian... jom kita sambung tentang kisah teladan ini...

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 


1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 
2.Sakit jantung 
3.Penyakit darah tinggi 
4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.   

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh  kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit  sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"   

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah! 

boleh baca lagi entri mengenai kematian disini...

Thursday, August 25, 2011

kisah seorang lelaki tua dengan tiga orang anaknya


sebuah kisah buat iktibar...



Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis,kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben.Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah.

Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung.Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben. "Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"


Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih .

Dipanggilnya pula si Anis. "Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih .

Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.."

Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja utk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini:

1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dlm kita mengejar cita-cita di dunia ni jgn lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yg lima . hadith mengatakan "KHAIRUL UMUURI AU SA TU HA".(MAKNANYA: SEBAIK-BAIK PERBUATAN IALAH YANG PERTENGAHAN). Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Kita ok jer dengan mak kita..kan..kan...!!??


sekiranya kamu MENYEMBAH RAMADHAN, 
maka ketahuilah RAMADHAN itu akan berakhir..
tetapi
jika kamu MENYEMBAH ALLAH,
ketahuilah ALLAH itu MAHA KEKAL dan tidak akan HILANG

sekiranya kamu MENYEMBAH DUIT,
maka ketahuilah duit itu akan habis..
tetapi 
jika kamu MENYEMBAH ALLAH
ketahuilah ALLAH itu MAHA PEMBERI REZEKI dan rezekiNYA tidak akan habis

sekiranya kamu MENYEMBAH DUNIA
maka ketahuilah dunia ini akan kiamat nanti,
tetapi
jika kamu MENYEMBAH ALLAH
ketahuilah ALLAH itu MAHA MENGHIDUPKAN dan MENGMATIKAN seseorang dan ingatlah nyawaMU ditanganNYA

sekiranya kamu MENYEMBAH MANUSIA (terlalu taa'sub kepada perempuan/lelaki)
maka ketahuilah MANUSIA akan TUA dan MATI 
jika kamu MENYEMBAH ALLAH
ketahuilah ALLAH itu MAHA HIDUP dan tidak akan MATI

Aku ada pasangan hidup sendiri…
Bila seronok, aku cari…pasanganku
Bila sedih, aku cari….Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon Mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..
Tapi kalau Mak sudah tiada……….

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup….. membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup……. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

di petik dari rakan fb yg baik hati....


dari saya pula...


saya masih punya ibu, alhamdulillah...
mak..kak yong sayang mak..!
adoi..sedihlah, kenapa ek?
sedih banyak pun x pe..apa yg kau dah buat dengan ibu kau sampai kau sedih begini?
aku tak buat apa2 pun..!!
ooo...patutlah......(?)

tanpa kita sedari....
ibu, dah banyak buat macam2 untuk kita,
tapi kita kata 'ibu ni..macam2 lah!'
ibu, dah membazir peluh dan keringat untuk kita,
tapi kita kata 'ibu ni..jgn membazirlah!'
ibu kita x kisah bz kan diri untuk kita,
tapi kita kata 'saya bzlah ibu!'
ibu x pernah jemu2 dan rimas memandang wajah kita berpuluh tahun,
tapi kita kata 'ibu ni..rimaslah..adik kan dah besar!'

kita? mana adalah.....kita ok jer dgn ibu kitakan..kan..kan...erk!!?


*usah berdusta....

Wednesday, August 24, 2011

kenapa kamu marah saya?


1. saya tegur pasal solat
  • dah solat ke belum?
  • kenapa x solat?
  • dah pukul berapa ni?
  • tahu x,nak masuk waktu isyak dah ni?
  • tahu x apa hukum x solat?
  • tahu x, x guna pose kalu x solat?
  • kenapa pose kalu x solat?
  • kenapa solat sunat kamu buat walhal wajib awak tinggalkan?
  • bla...bla..bla...?
2. saya tegur pasal aurat
  • keluar macam ni aje?
  • dengan baju sendat,seluar pendek,ketat?
  • kenapa x pakai tudung?
  • kenapa panas pula?
  • kat neraka nanti x panas ke?
  • bla..bla...bla...?
3. saya tegur pasal akhlak
  • kenapa cakap dengan orang tua macam tu?
  • kan kurang ajar namanya tu?
  • kenapa x de rasa hormat?
  • kamu tau ke tidak ni?
  • bla...bla...bla...?
situasi sebegini selalu berlaku dikalangan ahli keluarga kita. dan hanya ahli keluarga kita sajalah yg kita boleh tanya dan tegur. nak marah ke, nak mengamuk ke, x kisahlah. keluarga tetap keluarga. akhirnya mereka akan marah. marah lama ke, sekejap ke, tetap akan marah juga.

cara marah? pelbagai. hentak barang, hempas pintu, kena tengking balik, x balik rumah, menyampah tengok muka kita dan maki hamun kita. kita? angin jugaklah...mula keluar dalil2, hadis, ntah betul ntah tidak, main hentam jer. hehehe...

kadanng2 kita marah sgt2. kita marah, dia pon marah. adoi...bila nak abis? x pelah, nak marah, marahlah. tapi jgn sampai putus sedara, jgn sampai menyakiti fizikal. kena cool, kena sabar. jgn marah lama2. marah pun kena berhemah.

ustazah adik saya pernah kata, jagalah solat,aurat dan akhlak...
kita jgn pernah jemu nak nasihat lagi...dan lagi...kerana ia juga untuk diri sendiri yg lalai sentiasa. 
kamu nak marah? marahlah...x pe...lama2, kamu akan sedar juga..

Sedih? biasalah.....kematian itu suatu kepastian...


sambil baca entry boleh dengar lagu ni yer...

izinkan saya cerita, imbas semula pemergian adik kesayangan saya pada 5 Ramadhan, 4 tahun yang lepas.namun, cerita ini saya ringkaskan sahaja..mengapa...bacalah...

hari lahir arwah pada 21 Julai 1989, pada usia18, Nurul mahukan hadiah. aku bertanya apa yang nurul mahukan? nurul hanya mahukan sebuah al quran..
masa itu nurul dah terlantar sakit. namun keadaannya lebih baik dari sebelumnya.

 2 tahun terlantar sakit, tidak melupakan ingatannya terhadap keluarga dan kawan2 di sekolah. namun sebelum itu nurul memang sakit teruk. sakitnya tidaklah disedari, kerana kami fikirkan hanya sakit biasa. sakit badan biasa setelah balik dari perkhemahan bomba di sekolahnya. keadaan nurul bertambah teruk selepas itu.
ah..aku x mahu ingatkan kembali kisah duka itu. jika di beli peluang untuk aku kembali waktu itu, aku x mahu kembali lagi. aku x mahu melihat nurul menanggung sakitnya lagi. 

setelah nurul kembali agak sihat,setelah hampir 2 tahun dengan pelbagai dugaan yg keluargaku terima, nurul kembali ke rumah setelah lama berkelana di hospital. semua kawan2 sedara mara, datang menyambut kepulangan nurul dengan linangan air mata yg tak tertahan2. mana tidaknya, keadaan nurul yang amat kurus dan cuba mengingati semua orang dengan perlahan2.

selepas keputusan peperiksaan spm keluar, nurul hanya mampu tersenyum kerana keputusannya tidaklah baik. namun, nurul tetap tabah dan sebenarnya amat redho dengan apa yg berlaku. dan ayat yang selalu di tuturnya ialah.."nurul redho....."

aku sebenarnya sudah lama ingin menceritakan mengenai arwah,takut suatu hari nanti aku akan melupainya, manalah tahukan...kita ni manusia biasa..namun, setiap kali mengingati arwah, air mata ini turun bagaikan hujan lebat, dada ini sakit bawa ke tekak...sampaikan aku sukar untuk bernafas. tangisanku kedengaran menggugu....nah..jika beginilah..mana mungkin aku boleh melupakan arwah...

setelah keputusan spm, nurul hanya duduk dirumah sahaja. keadaannya tidaklah pulih sepenuhnya.
suatu hari, nurul mengadu sakit lagi. keadaan badannya panas, sejuk,panas sejuk berulang. bibirnya pecah,berdarah. akulah  yg menjaga nurul dirumah, memeriksa suhunya, mengurut badannya...

kami adik beradik menangis setiap kali melihat keadaannya begitu. setelah hari lahirnya yang ke 18, nurul dimasukkan ke hospital sekali lagi. emak sgt tabah. walaupun penat, mak tetap x jemu2 melawat nurul ke hospital saban hari x kira semasa waktu kerja, lepas kerja atau malam hari. kami sekeluarga tak putus2 mendoakan kesihatan nurul. perubatan tradisional juga kami buat.kami juga bergilir2 menjaga nurul siang dan malam di hospital.

sehinggalah satu malam, giliran aku yg menjaga nurul, nurul di serang sawan yang amat menakutkan. ia terjadi depan mata aku. puas aku memanggil nama nurul, namun nurul senyap. aku panik sangat. aku panggil nurse, namun nurse lebih tenang. mungkin sudah biasa dengan keadaan seperti itu. aku telifon mak. nangis2. aku telifon semua orang. aku minta semua org doakan nurul. aku hantar mesej kat semua nombor di dalam telifonku. tolong doakan nurul!!

nurul kembali pulih, dan aku kembali lega. namun legaku hanya seketika. nurul kembali diserang sawan berulang2, dan adik perempuanku hampir pengsan kerana giliran dia menjaga nurul bersama emak di hospital. emak x henti2 menangis. masa tu dah hampir ramadhan. nurul dimasukkan ke icu, unit rawatan rapi. aku? tidak sanggup melihatnya...tahukan bagaimana keadaan pesakit di wad icu? 
dan sebab itulah...aku benci hospital. aku tak suka hospital. aku begitu sukar utk jejakkan kaki ke hospital kalau x betul2. mak pula, akan pitam setiap kali melalui wad icu. dan aku sgt faham.

sehingga kami...semakin redho..."ya Allah...Kau ambiklah nurul jika itu kehendakMu..aku x sanggup melihat nurul derita lagi..." aku rasa, doa kami sekeluarga sama sahaja seperti tu.

ahhhh...bnyak lagi detik2 mmenyedihkan...tapi biar aku ringkaskan lagi..dadaku dah sgt sakit ketika ini...

sewaktu org sibuk2 berbuka, nurul akhirnya pergi buat selama2nya pada puasa ke 5  pada tahun itu. mak byk kali pengsan, adik2ku yg lain juga begitu. aku.......

arwah di mandikan dan dikebumikan sebelum zuhur. ramai sgt yg datang,penuh satu rumah, luar rumah...jemaah yg solatkan arwah juga ramai sgt. alhamdulillah...x dinafikan, sememangnya nurul seorang anak dan adik yg baik.
 puasa pada tahun itu..sgt suram. boleh di katakan hari2 kami menangis. sehinggalah pagi raya... kami sekeluarga berpeluang solat jemaah di rumah. namun.....tangisan rindu pada arwah menjadi makanan kami pagi itu. usahlah dicerita sewaktu di kubur.......

sehinggalah sekarang...ingatan terhadap arwah memang x pernah kami lupa. dan minggu depan, kami sekeluarga akan melawat kubur nurul lagi...

doaku semoga nurul aman di sana...., insya'Allah....

sedih? memanglah...aku dah rasa, dan aku faham sgt2 jika sesiapa kehilangan org yang di sayang. kematian itu pasti. namun kita tak tahu bila ajal kita. oleh itu, beramallah kita sebelum kita mati...


akhirnya dapat juga aku menceritakan kisah arwah walaupun penulisanku carca marba... 

Sunday, August 21, 2011

Garam

Luas wo0o0 tasik nie.. Pictures, Images and Photos


Terdapat kisah seorang lelaki muda yang telah berkunjung temu seorang guru untuk menceritakan perihal kesedihan yang menimpa dirinya.

Setelah mendengar kisah lelaki muda itu, guru itu meminta dia campurkan segenggam garam ke dalam segelas air dan meminumnya. Setelah itu guru tadi bertanya:"Bagaimana rasanya?"

"Masin!" jawab pemuda itu sambil meludahkan air tadi.

Sambil ketawa, guru itu menyuruh pemuda itu mengambil segenggam garam lagi untuk dicampurkan dalam tasik yang berdekatan.

Tiba di tasik itu, pemuda itu melakukan seperti yang disuruh, kemudian meminum sedikit air dari tasik itu. Guru itu kemudian bertanyakan rasa air itu. "Enak!" jawab si pemuda.

"Adakah anda rasa kemasinan garam tadi?" bertanya guru.
"Tidak!" jawab si pemuda.

Guru itu kemudian menerangkan kepada si pemuda: "Kedukaan hidup adalah sama seperti garam; ianya sama di mana sahaja. Bagaimana kita menerima kedukaan yang menimpa, terpulang pada kebijaksanaan kita."

"Jika anda sedang dalam duka, pandanglah sekeliling mu dan lawan kedukaan itu. Jadilah seperti air di tasik ini dan bukan di gelas tadi" pesan guru itu.

*Tanpa kedukaan / kesukaran hidup, kita tidak dapat mengenali kemanisan hidup - No pain, no glory, bak pepatah Inggeris. Ianya anak tangga untuk mengenali keimanan diri, wallahualam.

Air garam penawar racun


sumber: kosmo
KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa

BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut..boleh baca lagi disini

‘Kami bukan makhluk asing’

SEBAHAGIAN OKU membantah pengoperasian KLIA2 yang didakwa tidak mesra golongan itu ekoran tidak menyediakan jambatan udara di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 30 Orang Kelainan Upaya (OKU) dari pelbagai persatuan mengecam Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) kerana tidak membina jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah baru iaitu KLIA2 yang bakal beroperasi tahun depan.

Presiden Persatuan OKU Damai Wilayah Persekutuan dan Selangor, V. Murugeswaran berkata, tindakan MAHB itu seolah-olah menghina golongan OKU yang juga mempunyai hak di negara ini.

“Saya kecewa. Mengapa setiap kali ada benda baharu yang ingin dibuat, golongan OKU dipinggir dan dianak tiri?

“Kami bukan aliens (makhluk asing). Meskipun kami ini minoriti namun kesejahteraan OKU wajar diberi jaminan,” katanya ditemui selepas mengadakan bantahan itu di Menara UOA semalam.

Menurut Murugeswaran yang cacat di bahagian kaki, jambatan udara termerupakan satu keperluan bukan sahaja kepada golongan OKU malah juga kepada warga emas dan ibu mengandung.

Tindakan itu, katanya, menyekat hak mereka untuk ke sesuatu tempat khususnya dalam sektor pelancongan.
sumber: kosmo

*cuba kita di tempat meraka...macamna perasaan kita agaknya ek??

hello!! malam2 terakhir ni...korea jugak kew...??

nampak x tajuk di atas? tolonglah...insaflah...
adoiyai.........



hurmmmm.........kalu dah giler korea tu...giler jugaklah...
geleng kapla sendiri.....





PETUA IMAM SYAFI'E


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 


4 CARA TIDUR 
1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 
4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Saturday, August 20, 2011

keletah anak buah

Auni & Aina


aina: #%#$^$^%&*(*
maklong: kenapa ni cayang..
aina: $@%##&;*^*(%*(sambil menghempas2 badan)
maklong: ok..cuba bagitahu maklong, aina nak apa?
aina: #%4^876^^&;$^% (menghempas badannya kebadanku,sambil menendang 2 tubuhku
lama berkeadaan begitu sehingga apabila aku tidak melayan, aina akan menangis..)

rupanya aina nak tengok cerita kartun kat baby tv.
alahai...aku terpaksa mengalah meninggalkan cite korea kerana melayan kehendak aina, 1 tahun 9 bulan.
namun, bila datang lagi sorang ank buahku, auni, 1 tahun 6 bulan, keriuhan sebenar baru bermula...

penat..memanglah...tapi seronok sgt.
dulu, sebelum ada anak buah, memanglah...x bape suka budak2. namun skrg, x jumpa sehari rindu betul.
x kisah langsung melayan karenah diorg yang sgt menghiburkan...


itu ajelah cerita ari sabtu dan ahad...huuu....bosan kalu x de anak2 buah comel ni...

Surat Kepada En Syawal



Dear En Syawal,

Salam ku hulur kepadamu, En. Syawal... Apa khabar? Aku disini sedang menghitung hari, rasa sedih hendak berpisah dengan En. Ramadhan yang paling aku sayangi...
Insya'Allah... jika umurku masih panjang, temujanji kita pada sedikit hari lagi akan terlaksana.
En. Syawal....
Bila terkenangkan perjumpaan ku denganmu, hati ini rasa berdebar2. Tak tahulah kenapa. Mungkin satu lagi lembaran hidupku,sejarah hidupku akan tercipta pada hari aku bertemumu. Tentunya pada pagi hari pertama bertemumu, aku di hujani air mata yang aku tak tahu selebat mana, namun yang pasti sendunya sudah terasa kini.
Mengapa perasaan aku begini ya En Syawal? Aku rasa mungkin aku terkenangkan arwah adik tersayang yang sudah tiada, juga terkenangkan jarak kasih sayang yang semakin jauh walaupun nilainya sangat tinggi sehingga tidak dapat dihitung. Aku juga tahu, bukan aku saja rasa begini, tentunya meraka jua mempunyai rasa yang sama...

Apa persiapanmu nanti? Warna bajumu, juadahmu.. Aku tidak membuat sebarang persiapan lagi untuk menyambut kedatanganmu. Entahlah En. Syawal...Usahlah berkecil hati dengan ku, aku bukan sengaja. Selain kesibukan yang mengikat waktuku, aku juga diselubungi moody untuk menemuimu. Ingin ku lari dari menemuimu namun, aku amat yakin, kau pasti akan tiba menemuiku dalam apa jua keadaanku. Tapi aku harap moody ku tak lama.
Semoga waktu pagi sewaktu menemuimu,tidaklah seteruk yang ku sangka. Namun yang pasti aku tetap memanjatkan syukur pada Illahi kerana aku masih dapat menemui En. Syawal pada tahun ini.
Salam Aidilfitri dari aku, hamba Allah yang hina ini.....

Yang Benar,
Miss_Ary

Suatu Masa


SUATU MASA
M.Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


*CINTA kepada seseorang banyak mengubah sikap dan sifat seseorang. Samada seseorang itu akan menjadi BAIK atau menjadi JAHAT.
Tetapi CINTA kepada ALLAH SWT tetap menjadikan seseorang yang jahat menjadi BAIK, yang baik bertambah menjadi TERBAIK.


Friday, August 19, 2011

Ketakutan Seorang Ibu

KOMA...Mat Razarizu terlantar dipercayai akibat dibuli rakan sekelas.

petikan dari myMetro

“Sebelum tidak sedarkan diri, adik ada memberitahu dia dibuli lebih daripada seorang rakan sekelas apabila dipukul, ditumbuk dan dipijak di dada. Pilu hati saya melihat adik saya dizalimi dan paling menyedihkan dia saya beritahu ketika dibuli, rakan lain termasuk pengawas hanya melihat tanpa memberi pertolongan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Mat Razarizi yang membuat laporan di Balai Polis Bertam Baru, di sini, beberapa hari selepas kejadian mendakwa, pihak sekolah juga tidak mengambil sebarang tindakan berhubung kejadian itu walaupun dimaklumkan adiknya koma akibat dibuli rakan sekelas sehingga menerima rawatan di ICU HRPZII, dua minggu lalu.
boleh baca lagi disini...

Banyak cerita sebegini mencuit emosi para ibu lebih2 lagi yg mempunyai anak lelaki yg masih bersekolah. ini termasuklah ibu saya. apabila timbulnya kes yg tidak bermoral seperti ini, ibu saya pasti akan teringatkan adik saya, dan mengerutkan dahi...dan kata2 seperti,"kasihannya...mcmnmlah makbapaknya nanti...", "alahai...bagaimanalah adik kau kat sana..risaunya mak..." dan adakalanya ibu saya terus menelifon anak kesayangannya itu dan meluahkan kerisauan yg tidak terhingga kepada adik saya itu.

saya tertanya2...dimanakah sifat kasihannya pelajar2 ini terhadap rakan2nya. paling tidak pun, dimana nilai kemanusiaan yang telah pun diterapkan setidak2nya seawal prasekolah lagi. saya juga pernah mengalami kenangan dibuli atau ragging namun ia tidaklah seteruk sekarang yg boleh membawa maut.

kasihanlah pada ibu2 yang mengharapkan anak2 mereka pulang dengan selamat tanpa sebarang kerisauan dan ketakutan. kita boleh lihat kejadian2 yang serupa, yakni kejadian2 yang melukakan hati seorang ibu seperti kes simbah asid, pembuli dan sebagainya. kita seharusnya berfikirlah sihat,berbuatlah perkara-perkara yang sihat,dan berdoalah dengan cara yang sihat. Insya'Allah...segala perkara2 buruk akan terhindar daripada kita. jgn lupa solat dan selalulah berzikir...

akhir tulisan, suka saya petik kata ini dr rakan fb saya....Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK... Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK... Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG.... Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH... Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..." :-)

Thursday, August 18, 2011

Air Kelapa Masam?

Alhamdulillah... dah nak masuk 19hari kita berpose...huhu...hari ni memang agak kelam kabut. baru dapat pegang notebook nih...
dan tadi masa berbuka, saya kirimlah ngan adik ipau gi pasau ramadhan beli air kelapa...malangnya waktu berbuka tadi..mmm....air kelapanya sudah masam...
kesimpulannya kat sini ada 2
1-jgn kirim kat org lelaki-diorg ni main bantai jerk beli,asal nampak jer,asal boleh
2-kenapa jual air kelapa masam?....(kesimpulan ker?)

namun...ia xlah masam sgt2, kemungkinan dalam semalam punya air kelapa, dalam keadaan begini, saya teringat kat saudara islam kita....jangankan air kelapa, mata air pun x de... terpaksalah minum begini....


nak meminta...minta pun x dapat jugak......

namun happy juga walaupun mendapat secebis makanan....


hanya air mata pengubat lapar....
dan saya bersyukur....air kelapa masam cerita lain....kita prihatin dan bersyukur cerita lain, namun, jalannya tetap sama...

marilah kita SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM...



SAYA BLOGGER PRIHATIN

mari kita beri sokongan.....

Cegahlah lagi baik daripada menyalahkan sesama kita..

saya sebenarnya tidak berilmu tinggi untuk berkata soal gejala murtad dan hina Islam yg berleluasa dewasa ini. saya lebih berminat ke arah pencegahannya drpd kita terus menerus menyalahkan sesama kita~itulah senario yg berlaku sekarang.

saya ada terbaca tentang pertubuhan IFC boleh dibaca disini, juga beberapa pendapat disini, dan disini..
saya lebih suka membaca tentang Membina Persahabatan yang Murni di laman YDIM.
ia menceritakan tentang mengekalkan hubungan baik antara orang Islam dengan bukan Islam, di samping mewujudkan situasi harmoni sesama kita. sangat menarik.

saya juga suka melawat laman PPIM, dimana ia byk sekali memaparkan perkara2 yang banyak kita terlepas pandang seperti isu halal dan pelbagai isu kepenggunaan hinggalah isu agama.

suka saya petik satu rencana yg saya copy paste di laman tersebut.

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." 


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada  pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"


Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. 
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." 
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".


anda boleh terus membaca Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah yang meliputi keseluruhan rencana yg saya postingkan ini. ia sangat2 menarik.

kesimpulannya, apa yang boleh saya katakan disini ialah, setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi, yg kita x tahu. dan segala musibah yg menimpa adalah petanda Allah sayangkan hamba2nya.

akhir tulisan, suka saya petik kata2 -IMAM HASAN AL-BASRI ~Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

*semoga memberi banyak manfaat....

Wednesday, August 17, 2011

Mencari Bintang Timur

*bacalah artikal ni..walaupun dah hampir 5 tahun membacanya, saya x pernah jemu...


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia,’mengandung kut?’ Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.


Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Ada kalanya isteri saya semalaman tidak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungannya.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan kepadanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. 


Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat,sifat, asma’, af’al. Dan cerita itu kembali bercerita tentang diri saya.Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk siapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1- Semasa anak atau isteri kita sedang tidur, inilah masa yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya ialah yang paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.
2- Sentuhlah ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3- Semasa ibu jari anda di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4- Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5- Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah ( Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit. “ Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.” Jawab bapa Imam Abu Hanifah “ Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.Saya membacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali songo,tujuh wali Melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat , bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudahpun nyenyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam. Saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad di dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.



Dipetik daripada akhbar Mingguan Malaysia, Ruangan ‘Luahan Rasa Bersama Putri’, Ahad 18 November 2007.

SURAT BUAT ADIK-ADIK PEREMPUANKU...#1


*terasa sungguh membaca surat ni........


assalamualaikum...
kepada adik-adikku yang paling aku sayangi...apa khabar,lama kita tak bersua. akak nak ceritakan sebuah kisah. bacalah, dan ambillah ikhtibar daripadanya...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.
“Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,
“Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.”
“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, “Saya yang memandangi.”
Disusuli oleh telinga, “Saya yang mendengarkan. “
Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir mengaku, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah, “Saya yang mengisap.”
Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meremas.”
Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”
“Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
“Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat.
“Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
“Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata.”

adik-adikku........
akk tahu, kalian kurang solat, x tutup aurat dan apa2 lagi yang akk tak tahu, tapi...Allah tahu.....
ialah, kita manusia ni banyak kelemahan, namun, manusia yang mahu masuk syurga adalah manusia yg dalam hatinya ada iman. apabila seseorang itu mempunyai keimanan, makanya, ia akan membenci sebarang bentuk kejahatan,keburukkan apatah lagi yg memudaratkan diri.


akk harap, adik2 akak ni bukanlah org2 yang sudah tersesat jauh. buatlah sebarang bentuk kebaikkan itu perlahan2. sampai bila persengkaan adik beradik, sesama kita akan berakhir?
adik2ku...ingatlah apa yang arwah adik kita yang telah pergi dahulu meninggalkan kita... apa mahunya arwah?solat berjemaah dan kelakuan yang baik. tahukah kalian,jika arwah masih hidup, tentu arwah akan membencinya dan menangis sorang.


hidup ini hanya sementara adik2ku... akk tahu, akk ni kuat membebel,menyakitkan hati dan apa sahaja yang langsung tidak menyenangkan hati kalian......namun...akk mahukan yg terbaik buat kalian sume. x kisahlah kalian ni tidak masuk u atau kerja bergaji kecil,akak x kisah langsung. asalkan kalian tidak  lari dari landasan seorang Islam yang cintakan agamanya dan cintakan Allah...akk x mampu berbuat apa2 kecuali hanya berdoa....
insya`allah...suatu hari kelak,ahli keluarga kita akan berubah menjadi yg terbaik dan masuk syurga.
akk menantikan saat itu!


akhir kata, akk doakan kalian sentiasa dapat menjaga maruah kalian walau apa jua yang kalian lakukan dan di mana saja kalian berada. mudah-mudahan...amin....


sayang adik2ku,
kakakmu....


kaklong....

Di manakah Kasihannya Kita?

saya dapatkan gambar ini disini dan sini







bukankah bayi ini kelihatannya sihat? subahanallah....
inilah kisahnya bayi tersebut..boleh jadi juga seperti cerita ini.

*sangat insaf....

Cikgu Ada Otak Tak?



auni n aina ~anak buah kesayangan


saya ambil cerita ni dari rakan fb yg sangat baik hati...
Ada seorang cikgu tadika yang TAK PERCAYA wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

*rasa2nya, apa ikhtibar n pengajarannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...