Friday, July 29, 2011

6 persoalan hidup...




Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.


Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.


*sengaja saya postkan lagi utk ingatan sume, terutama diri sendiri
*pesanan yang baik tidak mengapa jika di beritahu berkali2...
*sumber di perolehi dr myuitm.com

Wednesday, July 27, 2011

Mencari-cari



Saya selalu berfikir amat mendalam dalam beberapa hari ini, merenung masa lalu, terutama kesilapan2 yang sengaja atau tidak sengaja yang telah saya lakukan utk kepentingan diri atau untuk kepentingan orang lain. Saya percaya bahawa tidaklah hari2 yang kita lalui ini merupakan hari2 yang terlalu buruk untuk kita hadapi. kadang2 hari2 yang buruk itulah penggerak kepada suatu kesempurnaan supaya kita akan lebih berhati2 di kemudian hari.
Namun, bagaimana pula kepada seseorang yang telah mempersiakan hidupnya bertahun2 tanpa berbuat apa2 ataupun sesuatu telah dia lakukan, tetapi amatlah tidak mencukupi buat diri sendiri. mungkin meraka ini mempunyai alasan yang kukuh atau sekurang2nya mereka ini mempunyai satu alasan yang mungkin tidak ramai antara kita yang memahaminya. begitulah pandangan manusia, biasanya mengkritik pada apa yang tersurat. 
Mereka sebenarnya mencari2 sesuatu. antaranya, mencari diri yang hilang, mencari cinta yang entah kemana, mencari teman sejati yang memahami, mencari kesempurnaan dalam hidup, mencari Islam yang semakin di tinggalkan....(?)
Kadang2 kita merumitkan fikiran dengan berfikiran negatif sedangkan dlm waktu yang sama juga, jika kita lebih positif, segala benda, Insya'Allah, dapat kita settlekan.
Sebenarnya, kasihanlah pada mereka2 yang masih mencari diri yang hilang. ada yang mungkin bertahun mencari, tak jumpa2 juga. kadang2 semua benda yang hilang itu ada depan mata saja. kita buta dek ego, sombong, malu dan dendam. semua itu membataskan pergerakkan kita. orang buta,tak nampak apa2 pun. hanya mendengar dan terus mendengar tanpa tiada usaha untuk bergerak.
kalau pun dapat bergerak, hanya berpandukan tongkat dan deria yang lain. memang susah kepada
si celik yang buta.
Apalah salahnya di buangkan perkara2 yang membutakan itu, terutama ego yang bersarang dalam kelopak kehidupan(?) aduhai...ada sesuatu yang berbuku didalam hati nampaknya. sesuatu yang kadang2 empunya diri pun tidak memahaminya. ingin meminta orang lain faham pun lagilah tak boleh.
mereka hilang...ya, memang benarlah. mereka mencari diri mereka yang hilang. kadang2 orang boleh meluat tanpa memahaminya. kadang2 orang boleh menuduh melulu tanpa memahaminya, seterusnya menghukum mereka dengan sesuatu yang melemahkan semangat mereka.~satu2nya benda hebat yang masih bersisa, yang membuatkan mereka terus hidup. manusia, senang menghukum..
pada pemikiran saya yang bercelaru ini, banyak tanda soal memenuhi benak ini. namun, banyak juga yang terjawab dan boleh dijawab sendiri tanpa perlu di pimpin pun. kadang2 kita sengaja membiarkannya tanpa jawapan walhal kita tahu jawapannya
Asalkan kita di landasan yang betul, berpegang pada tali Allah, ada cahaya yang menunggu kita di hadapan.
sesetengah orang mudah berputus asa, namun kembali dengan mudah. sesetengahnya pula sebaliknya.

Melalui pandangan mata sudah cukup untuk menyampaikan kata2. 
Sebuah kata2 adalah pembakar semangat paling besar. 
Semangat dan sokongan positif adalah pengubah kepada titik hidup seseorang.
kadang2, manusia ni hanya perlukan seorang sahaja untuk mencapai kejayaan, sesetengahnya pula perlukan ramai orang untuk beroleh kejayaan.

Semoga Ramadhan kali ini boleh mengakhiri sebuah pencarian, Insya'Allah....

Tuesday, July 19, 2011

Aku ingin berpantun...

malam ni teringin sangat nak berpantun,
bukan sebab aku org melaka,
mungkin hati sejenak meruntun,
apa jer pantunnya terimalah belaka...

jiwa yang parah kadang2 datang,
datang mengusik tangkai hatiku,
manakan dapat bumiku tatang,
cukuplah sekadar kenangan yang lalu...

mmm.......

ramadhan menjelma hatiku sayu,
teringat pada orang yang dah pergi,
bagai bunga yang kembang tiba2 layu,
hanya alfatihah mampuku bagi...

namun ku bersyukur pada Ilahi,
dapat bernafas hingga kehari ini,
sedangkan adikku telah dulu pergi,
pergi selama2nya takkan kembali...

wahai adik yang sgtku sayang,
bersemadilah kau dgn aman,
walaupun bertahun tak nampak bayang,
sebak dihati tak dapatku tahan...

dah ler.....sedeylah pulak...........

Sunday, July 17, 2011

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati
~tq lela atas email yang di beri...
~sesungguhnya, aku adalah manusia yang sentiasa lalai...

Friday, July 15, 2011

Kelebihan Hari Jumaat




Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.wbersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.sdan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakarberkata burung-burung dan haiwan apabilabertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamatselamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pdmereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbahiaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah keduaSaat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan balamenjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecualidiselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan  barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak3 kali tanpa daruratmaka Allah akan mengecap hatinya".
Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yangdekat - Imam Al-Ghazzali.
Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah harisaksi (hari Jumaatdisaksikan oleh para malaikat.
Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersihbaru dan berwarna putih.
Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia darisegala penyakit dan berikannya keselamatan.


" Ya Allah, permudahkan lah urusan mati kami, matikanlah kami di dalam Islam, matikan kami di dalam iman hanya kepada Mu, jauhi kami dari fitnah sakaratul maut, semoga kubur kami menjadi salah satu dari taman syurga, jauhilah ia menjadi salah satu dari lubang neraka.........Amin "

Doa tidak diterima 40 hari bagi sesuap makanan haram

SUATU hari, Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:

"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan."

Rasulullah kemudian menjawab: "Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.

"Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat Ibnu Abbas).

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan at-Tarmizi, ada menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk memastikan doa dimakbulkan.

"Sesiapa yang ingin doanya dikabulkan Allah ketika dalam kesusahan, hendaklah memperbanyakkan berdoa ketika dalam kesenangan."



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :  
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,  
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,  
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,  
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."  
 
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak,pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa
pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:
                      1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan
setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia. 
2. Doa yang tidak dimakbulkan
di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah
yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalahkehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha
Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu
perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.
3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa.
Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya
atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesamainsan serta meminta perlindungan daripada-Nya.
=======================================================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.""sampaikanlah walau satu ayat" al hadis- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

Tuesday, July 12, 2011

Bertemu Sahabat


Semalam aku tak sempat jumpa sahabatku Is,aku terlalu penat lalu tertidur...penat sungguh...bila bangun pagi aku rasa sangat mengesal...sampaikan aku tersasul manyebut nama Is apabila berjumpa dengan Sue pada pagi itu. Sewaktu di pejabat,aku termenung...aku amat2 menyesal kerana sering aku mengabaikan Is.. aku mengeluh...akan aku tebus kesalahanku pada Is...
tengahari itu,aku tak lalu makan,aku duduk termenung dijendela. dalam pada itu aku tertidur...
bila terjaga...oh!! temujanjiku dgn sahabatku...Zue..alamak!! sudah lewat... aku pergi jua berjumpa Zue...
aku mengutuk diri sendiri,sehinggakan aku tidak tumpukan perhatian bersama Zue...
aku masih ditempat yang sama sedangkan Zue sudah semakin tinggalkan aku...namun aku bersyukur jua...aku masih sempat berjumpa Zue. aku teruskan penantianku untuk berjumpa dengan sahabat ku yang lain...As. oh...entah kenapa..aku dpt rasakan perasaan As yang seakan gembira kerana aku datang awal bertemu dengannya. aku pun disuntik rasa gembira. aku meneruskan kerjaku setelah bertemu As. Agak lama jugak aku berbicara dgn As.
aku pulang kerumah agak lewat. pada pukul 6.30ptg aku sampai kerumah. penat sungguh. namun tanpa berlengah,aku terus membershkan diri,memakai pakaian yang serba putih,giliran aku bertemu sahabat ku Ma... sementara menunggu kedatangn Ma,aku mengalunkan lagu2 shahdu memuji kebesaran Allah...mmm...dengar saja suara Ma,aku terus berjabat tangan. terus aku mempergunakan masa aku bersama Ma dengan sebaik mungkin. aku masih disitu untuk bertemu terus dengan Is pula...yang semalam aku lupakan...
rasa hiba dan sebak...sebaik saja aku mendengar suasa Is...tanpa berlengah aku terus merenung Is dengan penuh perhatian...aku tak mahu suatu hari nanti aku tak berkesempatan berjumpa sahabat2 ku ini. dan...mulai saat ini...aku tekadkan dalam hati dan sematkan dalam perbuatan bahawa,aku takkan bertangguh lagi dalam menemui sahabat2ku. aku takut jika aku terlepas berjumpa hari ini,masihkah esok aku akan berkesempatan berjumpa mereka lagi?



Itulah sahabatku...Ishak,Subuh.Zuhor,Asar Dan Maghrib....semoga ia juga sahabat2 kalian...

Sunday, July 10, 2011

maafkan adik ibu!

mmm...tgah godek2 fail, terjumpa citer nih. rasanya cite ni di ambil dari majalah mastika, lela,si tukang rajin yang taipkan.. tq lela...(sedare)


Hari ini aku ada baca 1 kisah yg amat sedih menyebabkan aku rasa mcm terlalu sebak sampai x mampu aku nk ceritakan.kisah ttg seorang ibu yg tidak berhati perut…
”Maafkan adik ibu! Adik tahu ibu menyesal”….itulah tajuk cerita yg mampu menyentap perasaan aku dan mampu menitiskan air mata aku.Marilah kita baca kisah ini dan fahamilah….Adik hairan macam mana adik boleh berada di sini.tempat ini ganjil sekali,tapi seronok.Semuanya lembut macam tidur dlm buaian,tp kenapa adik seorang saja di sini?adik x de kwn2.td adik nampak 3 org budak.Mereka selalu berada di depan adik,tp x pernah pergi dekat adik?adik panggil kuat,adik tendang buaian tp mereka masih x dengar pun.Abg,kakak,adik nk main.Dtglah ke sini dgr x? 
Adik di sini x perlu buka mulut bila nk makan.Perut adik kdg2 knyg kdg2 lapar.Ada masanya tekak adik rasa pahit,rasa manis,masin dan. mcm2 lg.Paling adik x thn kdg2 mata adik pedih sgt,hidung adik sesak adik x thn la.Kini baru adik tahu budak 3 org tu adalah abg long,abg ngah dan kak lang.adik nmpk ade seorang lelaki dewasa melayan mereka.adik x tau siaper dier.Adik nmpk sepasang tgn yg membelai dan menggosok mereka betiga.Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka?Hari2 adik tggu bila tgn tu mahu membelai adik.hairannya bila tgn itu membelai adik,tiba2 adik semcm terbau minyak angin menrjah ke hidung dan mata adik.Adik gosok2 mata sebab x thn pedih!Suatu hari adik terdengar suara itu berckp kepada seorang lelaki,dia x sihat,perut berangin,dan muntah2. 
Dah 1bln bdn x sihat,lelaki tu kata pergilah juma doktor,tp suara itu kata x pyh,suara itu tetap enggan.sejak itu adik rasa badan adik teruk sekali bagaikan dipicit2 dan dipulas2.badan adik yg halus tertonggeng ke atas sekejap tertonggeng ke bawah.Adik menjerit tp tiada siapa yg dengar.Tiba2 adik ternampak seorang wanita bercakap sesuatu.”kau ni mengandung agaknya.Tgk la perut kau tu lebih besar sikit daripada biasa”.Tp suara itu kata mana ada mengandung.Haidnya masih dtg mcm biasa.wanita itu berkata lg,”pergilah jumpa doktor,ada juga wanita hamil dtg haid,”saranan wanita itu dibalas ketawa oleh suara itu. 

Kini baru adik tau yg adik berada dalam rahim ibu.Ibu mengandungkan adik.Tapi kenapa ibu tidak mempedulikan adik?Kenapa ibu xnk jumpa doktor?Ibu x dgr ke denyutan adik ni setiap detik?hari2 adik berdoa agar ibu sihat.Tp ibu menafikan bersungguh2 adik tidak wujud dlm rahim ibu…sampai hati ibu.!Ibu takut ke jd miskin bila adik keluar nanti?Ibu kan kerja bagus,gaji besar.Dah tentu ibu mampu menjaga adik.Ayah pun ada dan baik sgt.Ibu adik janji bila adik keluar nanti,adik xkn susahkan ibu.Adik xkn jaga malam minta susu.Adik pastikan ibu cukup rehat dan tidur.Ibukan orang penting dalam syarikat. 

Cuma 1 adik minta,ibu terimalah kehadiran adik.janganlah ibu nafikan kehadiran adik.adik makin besar,tak lama lg adik nk keluar.Tp ibu tetap kerja kuat,x pedulikan adik.Bu adik lapar,adikperlukan makanan berkhasiat dari ibu!Hari itu adik amat terperanjat.Ibu buat keputusan nak berubat di kampung.Ibu sanggup bersusah payah menempuh perjalanan sukar bagi menafikan kehadiran adik dalam rahim ibu.ibu makan pelbagai ubat konon penawar penyakit.Adik tak tahan ibu.Apa yang ibu makan adik telan sekali,pahit. 
Adik tengok ibu tak sihat juga.ibu kerap cuti sakit.tapi ibu kata pada kawan ibu sihat,samapi bila ibu nak nafikan kehadiran adik  dalam hidup ibu.ramai kawan ibu kata ibu mengandung tapi ibu tetap menafikannya.adik sedih sgt bu,tak pelah bu adik berdoa agar satu hari nanti ibu akan tahu adik ada dalam rahim ibu.tapi ibu pula makin tertekan melihat perut ibu yang semakin membesar,ibu bertungku pula,bertungku boleh mengecutkan perut.Kali adik benar2 tak tahan ibu……paaaaanassss……pagi itu ibu pergi ke ofis,ibu rasa x selesa pada perut,tiba2 keluar darah yang byk,ibu cemas lalu minta bantuan kwn ke klinik. 
Dari klinik ibu di hantar ke hospital akhirnya keluarlah adik,adik dapat melihat dunia bu…cantik dan indah.Adik tgk ramai orang di sini!tapi semua hairan,bila ibu mengandung?Ayah pun x tau.Doktor kata adik x cukup bulan.adik masuk inkubator,tgn adik dicucuk dgn jarum besar,sakitnya bu…hanya Tuhan saja yang tahu,paru2 adik penuh air.Doktor cuba selamatkan adik.Doktor cakap harapan adik ubtuk hidup amat tipis.Adik sedih sgt sebab adik mendambakan belaian dan kucupan dari ibu.Akhirnya doktor  sahkan jantung adik berhenti berdenyut.Selamat tinggal dunia,adik dapat menghirup udara 5 jam sahaja.Kalau adik hidup pun adik x sempurna tentu menyusahkan ibu sahaja.Ibu,adik sangka ibu bersedih bila adik tiada di dunia,tp ibu gembira.Kini baru adik tahu kenapa ibu menafikan kehadiran adik sebab ibu lebih pentingkan kerja.Ibu telah memberi keuntungan besar kepada syarikat.sebagai penghargaan ibu diberi bercuti ke luar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh majikan!kalau ada adik ibu x dpt tumpu pada kerja!Kehadiran adik sekali gus mengganggu percutian ibu yg dijangja bertolak ke sana seminggu selepas kelahiran adik. 
Perancangan ibu berubah,akhirnya ibu bercuti selama 60 hari di rumah sahaja.ibu ,adik tahu ibu menyesal,Cuma ibu tidak lafazkan kekesalan ibu kepada sesiapa,adik tetap dengar bu.Ibu biarpun kita berada di alam yang berbeza adik tidak putus mendoakan kebahagiaan ibu.Ya Allah ampunkan dosa ibuku,adik tetap menunggu sentuhan dan kucupan ibu di syurga nanti. 
Itulah salah satu cerita yang aku baca menyentuh perasaanku……..

Thursday, July 7, 2011

saya ingin menjadi seperti kamu

maafkan saya...
kadangkala saya tak sabar
mudah marah
mudah melenting
padahal saya tahu
sabar itu penting
sabar itu kunci keimanan dan kejayaan
maafkan saya
kadangkala saya ingin menyampaikan sesuatu
tapi saya tak tahu
walaupun saya suka bercakap
walaupun saya suka ketawa
walaupun saya suka senyum
tapi ia bukan mengambarkan perasaan saya yang sebenar
saya bukan tipu
saya cuma tidak memberitahu
kerana saya takut
takut pada sebuah kegagalan
takutkan kenyataan yang sakit
izinkan saya..
berpuisi untuk menyampaikan sesuatu
kadangkala kita berpuisi untuk bercerita
dalam puisi ada cerita
dalam puisi perasaan boleh terluah
izinkan saya....
saya ingin terbang tinggi
tapi saya bukan burung
saya ingin berenang di laut dalam
tapi saya bukan ikan
maafkan saya
saya ingin menjadi seperti kamu
lengkap dan boleh melengkapi pula
sedangkan saya sewajarnya sedar
saya belum lengkap lagi
apalagi untuk melengkapi
juga, saya ingin menjadi seperti kamu
sentiasa menjadi perhatian ramai
tapi saya tak mampu
saya bukan kamu
yang boleh menyulam kemesraan
saya tak larat berpura-pura menjadi seperti kamu
walhal jiwa saya kosong
maafkan saya
kerana perkataan saya boleh melukakan kamu
mungkin perbuatan
boleh jadi senyuman
maafkan saya
cerita saya belum berakhir lagi

*ary_09

kembali berblog

assalamualaikum...
mmm.... lama sangat2 saya meninggalkan aktiviti berblog nih. sampai dah berhabuk2 blog saya nih. setelah mengubah suai sikit2...sikit2lah dulu...mmm...baru nampak oklah skit. kepada rakan2 blog, salam perkenalan sekali lagi dari saya... beri support k!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...