Saturday, October 29, 2011

RAGAM BERCINTA




♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan...


dari saya...ada orang hampir jemu memuji air terjun yang cantik dihutan tebal, walhal mereka tak sepatutnya jemu. ini kerana mereka hanya pandang tanpa menyentuh dasarnya..

Thursday, October 13, 2011

Hanya kisah dongeng...


Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


huk...huk...huwaaaaaaaaaaaaa..........................................

Tuesday, October 4, 2011

Terima Kasih Semua!!

terlebih dahulu, saya nak minta maaf coz semalam satu hari tak online. so hari ini saya mengambil kesempatan kepada rakan-rakan semua yang sudi join segmen pertama saya, syukur alhamdulillah, ramai jugak yang join...>__<  hope akan datang bolehlah saya buat contest pulak...huhuhu...

terima kasih sekali lagi dan jangan lupa amalkan surah al-Fatihah ini dalam kehidupan kita setiap masa. bukan hanya kerana segmen ni saja tau. mungkin adanya segmen ini sekadar peringatan buat semua...:)


al-Fatihah saya hadiahkan kepada semua terutama yang join segmen pertama saya, dan senyuman manis dari saya juga untuk semua...muaaaaahhhhhh....!

saya minta maaf banyak2...saya jarang online semenjak 2menjak ni...huuuu...ada masalah yg x dapat nak dielakkan... semoga masalah saya dapat diselesaikan dengan segera...doakan saya!


*nnt saya buat bloglist yer...

Duhai Hati...


sakit kepala bila memikirkan tentang sesuatu itu. rimas dengan pandangan orang tentang sesuatu itu. rasa nak menangis pun ada. saya yang hanya manusia biasa ni pun ada hati dan perasaan. mengapa hati orang perlu kita jaga sedangkan hati sendiri kita biarkan sepi tanpa teman..?

sabarlah hati...saya mendodoi hati.. saya selalu menyedapkan hati saya dengan janji yang pelbagai. saya selalu mengalunkan lagu-lagu Allah dan berharap agar hati saya tak panjang rajuknya. mungkin hati saya sudah biasa. atau mungkin hati saya sangat cekal. tapi saya dapat rasakan hati saya takkan termakan dek janji-janji manis saya, kerana hati saya sangat maklum yang janji itu cuma janji... hati saya hanya sejuk jika saya tidak mengabaikan solat, tidak  lupa berzikir setiap waktu, dimana-mana saja. sedang memandu, sedang membasuh pinggan atau sedang duduk termenung diserambi rumah.

sesetengah orang tidak faham mengapa sesuatu keadaan itu berlaku. sesetengahnya faham tapi buat-buat tak faham. ada juga yang memang faham tapi sengaja tak mahu faham kerana rasa selamat. rasa selamat kerana ada orang lain lebih teruk dari mereka. dan kalu boleh, mereka mahu lihat biarlah masalah itu berterusan.

akhirnya saya pasrah dan saya berterima kasih pada orang yang telah melukakan hati saya kerana dia telah membuat hati saya bertambah kuat. saya juga berterima kasih pada orang yang telah membohongi saya kerana dia membuat hidup saya makin bijaksana. saya pun berterima kasih pada orang yang telah membenci saya kerana dia telah mengasah ketegaran hati saya. dan terima kasih saya ucapkan pada orang yang telah menyayangi saya kerana itulah anugerah terindah dalam hidup saya.

Sunday, October 2, 2011

Sembilan Cara Sederhana Agar Hidup Bahagia


sekadar gambar hiasan...

1. Jangan Takut dan khawatir.
2. Jangan pernah menyimpan dendam.
3. fokus pada satu masalah.
4. Jangan membawa Tidur masalah anda.
5. Jangan mengambil masalah orang lain untuk anda selesaikan.
6. Jangan hidup di masa lalu.
7. Jadilah pendengar yang baik.
8. Jangan biarkan kecewa mengatur dan bahkan mengacaukan hidup Anda.
9. Bersyukurlah selalu.

cari pasangan pun biarlah yang sedang-sedang jer..rite? (n_n)


Saturday, October 1, 2011

Jadilah Isteri Yang Baik


Cornfield, São Paulo, Brazil

* Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia
* Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya
* Taat semua perintah suami yg bukan maksiat
* Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara
* Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang
* Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll
* Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa
* Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu
* Sentiasa memasak makanan yg digemari suami
* Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah
* Rumah sentiasa kemas dan bersih
* Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik
* Tidak suka mengungkit


boleh baca lagi disini...huhuhu...



*mengapa ntah...teruja...

Friday, September 30, 2011

berbohong kepada diri sendiri

from en google
‎" Ketahuilah.....membohongi orang lain adalah satu dosa...membohongi diri sendiri 1000 dosa.." haji abdul malik karim abdullah ( HAMKA )

sedar tak sedar sebenarnya kita seringkali berbohong kapada diri kita sendiri berbanding kepada orang lain.

misalnya, 'aku tak suka dia,tak sesuai jadi suami!' atau, 'sabarlah minah...ni semua satu dugaan, kau tengok aku? macam2 dah aku alami, tapi aku sabar jer...' atau, 'bersolatlah jika kau berasa gusar..'

tapi sebenarnya..selepas kita tuturkan kata2 seumpama itu misalnya, hati kita akan bergetar dan jiwa kita akan mudah terdidik dengan pembohongan itu, kerana kita tidak seperti yang kita katakan.

sudahlah kita berbohong pada orang lain, pada diri kita pun turut menjadi mangsa pembohongan kita. namun, tidak semua yang kita bohongkan pada diri sendiri itu dapat juga kita berbohong pada orang lain. itulah ada ayat 'kau boleh berbohong dengan diri kau sendiri tetapi kau tak boleh nak berbohong dengan aku'

melalui mata, kita dapat melihat segalanya, melalui mata juga orang dapat melihat kita. mata menceritakan segala-galanya..rite?

*ini pendapat sahaja...kalau salah tolong betulkan...:)
*entri ini agak bercelaru dek kepala yang pening...@_@

Ada kekuatan di dalam Cinta



Ada kekuatan di dalam Cinta,
Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat
Kerana ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri...

Ada kekuatan dalam Tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah terlarut dengan tentangan dan cubaan...

Ada kekuatan di dalam Kedamaian Diri,
Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diumbang-ambingkan...

Ada kekuatan di dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti.

Ada kekuatan di dalam Kemurahan,
Orang yang murah hati adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya...

Ada kekuatan di dalam Kebaikan,
Orang yang baik adalah orang yang kuat
Kerana dia  selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang.

Ada kekuatan di dalam Kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat
Kerana dia boleh mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi
Dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama...

Ada kekuatan di dalam Kelemah Lembutan,
Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat
Kerana dia boleh menahan diri untuk tidak membalas dendam...

Ada kekuatan di dalam Penguasaan Diri,
Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat
Kerana dia mampu mengendalikan segala nafsu keduniawian...


Sedarkah teman bahawa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga. Kerana masalah tidak  pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita.

Aku cuma berdoa, semoga kekuatan cintaku yang semakin rapuh ini, tidak sekali2 menjejaskan kekuatan cintaku pada Illahi...insya'Allah....

Jika...



Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana pula kita akan belajar IKHLAS?
Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD dari mana pula kita akan belajar SABAR?
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana pula kita akan dapat belajar IKHTIAR?
Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana pula kita dapat kenal Allah dengan lebih DEKAT?

YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuanNya adalah TERBAIK untuk kita...InsyaAllah..

Keadaan Di Somalia Yang Amat Meruncing Perlukan Bantuan Kita Lagi...


maklumat terbaru daripada Islamic Relief Malaysia (IRM), kita sudah memulakan kempen tabung Somalia ini ke seluruh negara. berbentuk pertunjukan CD, sesi taklimat info terkini, edaran flyers, tabung derma dsbnya. Ahad lalu, CD IRM dijemput ke masjid Mujahidin, D'sara Utama. Khamis ini ke pejabat Technip di Jalan Tun Razak. Kita beri maklumat & pendedahan di samping mengumpul dana. Setakat ini, kita sudah hantar RM 300,000 terus ke Somalia, Alhamdulillah.
 Namun, keadaan di Somalia amat meruncing. Info terkini dari IR Somalia menyatakan bahwa kita memerlukan USD 10 juta utk membantu 320,000. itu sahaja yg IR mampu commit di sana dgn kapasiti staf & sukarelawan yg ada di Selatan Tengah Somalia.

Marilah kita semua membantu mereka. biarpun sedikit tentu berkat dan diharap dapat meringankan beban...Insya'Allah...

untuk membantu, bolehlah klik di SINI
sebar-sebarkanlah yer!!

Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak

klik sini

jom join...meriah dunia blog ni..huhu...

Thursday, September 29, 2011

Belajarlah Dari Hantu....



Belajarlah dari pontianak, seberat manapun masalah dia tetap tertawa. Hihihiiii…..
Belajarlah dari toyol, kecil-kecil sudah pandai cari duit sendiri...
Belajarlah dari pocong, dari dulu pakaiannya simple jer… hidup Sederhana
Belajarlah dari jerangkung, berdikari, datang tak dijemput, balik tidak dihanti...
Belajarlah dari hantu kak limah, dah petang pun tau pulang rumah..ekekeke....

ada lagi?

Wednesday, September 28, 2011

Kerana Kau Adalah Insan Yang Aku Sayang



Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita tetap menyayangi mereka krn mereka sentiasa bertakhta di hati...

insan yang kita sayang...boleh jadi sesiapa sahaja dalam hidup kita.
memang benar, hati kita kadang-kadang terluka, tapi mudah untuk kita memaafkan kerana mereka adalah insan yang kita sayang...

duhai angin, bawalah hatiku ini ke pelangi yang indah, agar ia boleh reda dari keresahan...
duhai malam, jgnlah kau berwajah muram, semuram hatiku yang suram..
duhai hati, bersabarlah, bukankah ALLAH ada untuk kau mengadu?

bersyukurlah dengan apa saja yg kita miliki hari ini..

Ayuh muhasabah diri...



*awas! abaikan video selepas video ini!
*terpikir byk kali nak posting ke tidak dek kerana video selepas video ini...
*jagalah mata ok!

Air Mata! Kau Penuh Misteri...

copy paste dari kiriman email...


7 kebaikan air mata yang menangis


1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan


Semua orang ingin merasa demikian.Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu..Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Tuesday, September 27, 2011

Engkau memang cantik selagi kau...!!


The most beautiful eyes in the world

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik selagi kau redha dlm semua keadaan,
Engkau memang cantik selagi kau bersabar dan ikhlas dlm setiap ujian,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!

Jom Kenali Blog Nur Kasih

En Ben
saya join segmen ini bukan semata-mata nak ramaikan follower atau tinggikan trafik...:)

pada asalnya saya buat blog kerana suka-suka. tengok orang lain ada blog saya pun nak jugak blog...

silalah datang ke blog saya kerana saya nak berkongsi rasa ngan pemblogger...
datang sini...kendian bolehlah komen k..x menarik bagitahu...saya boleh terima sebarang teguran...tak caya tanya C'Ayob dan Sutera Kasih...

bagi saya semua blog menarik, lagi menarik jika ia dapat memberi manfaat kepada kita. seperti MOHASRULHASSAN dan lain lain..

impian saya agar kita semua boleh menjadikan laman sesawang ini sebagai wadah berguna untuk perkembangan Islam dan memupuk jati diri seorang Islam yang sejati...Insya'Allah...

senyum selalu yer...>__<

Jom tambah follower

klik sini..

saya join! hehehe...jom tambah follower...pe lagi..jom r...>__<

Apa Yang Kita Nampak Tak Bermakna Kita Tahu



‎"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya.."
Orang kata dia tu perempuan hina, Tak suci, Tak malu.. 
Tapi tak ada orang tahu.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..


"Ada sorang lelaki.. Dia sangat-sangat gemuk.."
Orang kata dia tu tak tahu jaga diri...
Tapi takda orang tahu.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap-tiap hari berat badan naik..


"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya tak ada.."
Orang kata dia tua hodoh.. Sangat-sangat hodoh.. 
Tapi takda orang tahu.. Dia tu askar.. Hilang mata dan telinga waktu mempertahankan negaranya..

Banyak benda dalam dunia ni yang kita nampak, tak bermakna kita tahu segala-galanya.

dari saya, memang betul... kadang-kadang manusia tu berjuang hanya untuk menyatakan kebenaran tentang siapa dirinya di mata masyarakat, namun selalunya perjuangan itu sia-sia...


nah..disini, perlunya manusia-manusia yang berfikiran positif sebagai tali tempat berpaut. jgn kita berputus asa ok!

Lima Nilai Positif Dari Sebatang Pensel


terima kasih kepada rakan fb saya yang membenarkan saya berkongsi cerita ini dengan rakan-rakan semua...


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."

"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Iya, ibu"

*Pertama*, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

*Kedua*, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

*Ketiga*, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

*Keempat*, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

*Kelima*, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Ulang-ulangkanlah!

dari saya, memang betul. cerita ini bukan sahaja memberi kesan yang baik kepada si anak, malah saya sendiri. antara sedar atau tidak sebenarnya, kita sentiasa mendengar orang menyuruh kita membuat kebaikan, benda yang sama, cerita yang berbeza...

Monday, September 26, 2011

Petua Mengasihi Isteri

hari tu saya pernah buat entry tentang SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU, hari ini saya ada petua untuk para suami pula ye...jom!
gambar dari en.google
1. Telefon isteri dari tempat kerja  untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan. 


14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat  mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


sebenarnya amat bagus kalau si suami seperti lelaki dalam cerita ini, MENCARI BINTANG TIMUR...

semoga kita semua di beri keberkatan oleh Allah swt...

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku...

sekarang ni baru terhegeh2 nak join segmen... Santri jemput kat ARY THE BOOM, tapi akk buat entri kat sini yer dik...>___<

sebenarnya agak malu nak join segmen santri ni coz my lappy baru jer kena jual coz ada 'penyakit kronik' yang x dapat nak diubati.
mujurlah adik saya yang nak ambik pmr minggu ni, kalu x silap, dapat notebook 1 Malaysia.
apa lagi...pinjam lah...huhuhu...harap2 x menyalahgunakan dan di salah ertikan..

walaupun notebook ni membuatkan kita rasa nak melakukan sesuatu yang merosakkan harta benda awam, namun,ia juga mengajar kita erti kesabaran yang amat tinggi...faham eh... 

apapun, penjagaan yang rapi seperti tidak membenarkan anak buah menjadikannya permainan amat penting.
apalagi jika anak buah kita berumur 1 tahun 10 bulan!

kena lah sorokkan atau letak tinggi2. selain itu tak menjadi masalah kerana jika kita menjaganya dengan elok tanpa 'banyak tangan' ia senang di jaga tanpa banyak kerenah...


sekarang ni, notebook ini bolehlah dikatakan notebook adikku kesayanganku...huhuhu...
sekian terima kasih....

Aku Cuma Mahu Menjadi Lebih Baik


Dengan mengeluarkan kata kata agama , tidak semestinya aku seorang ustazah
Labuhnya tudung ku , tidak semestinya aku seorang yang alim
Dengan menasihati orang lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya
Aku cuma insan biasa , yang mempunyai keinginan seperti kamu
Cuma aku berkongsi , apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu
Dan mengingati diri sendiri , supaya menjadi lebih baik...

Merasai Kebersamaan Allah: Kunci Menikmati Kehidupanmu yang Indah



Perkembangan dunia yang kian moden ini, justeru menambah seribu satu cabaran terhadap penghuninya. Biar perkembangan material terus meningkat, namun sudut kerohanian insan terus mundur dan hampir hilang. Biar segenap alat-alat canggih untuk memudahkan cara hidup, namun masih terus terasa dihimpit oleh hari-hari yang saban mendatang.


Ramai orang berduka di setiap ketentuan yang melanda, dan terus bertambah duka kerana tidak berdaya mengadapinya. Ramai orang terus bersedih dalam menghadapi hidup yang dirasa kian pedih. Manusia hari ini mempunyai kemodenan di mana-mana, tetapi hakikat dirinya lebih tipis dari rumah labah-labah ketika menghadapi bencana.


Bukanlah hidupmu itu yang menyempit, wahai diri yang terasa dihimpit. Tetapi dirimu itulah yang terasa keseorangan, dalam menghadapi kehidupan. Kamu yang lemah, secara hakikatnya, bagaimana mampu menghadapi hidupmu yang semakin mencabar secara bersendirian? Makhluk-makhluk di sekelilingmu yang juga lemah, bagaimana diharapkan untuk terus menemanimu dalam waktu senang dan sukar? Carilah teman, sebaik-baik teman. Carilah kebersamaan, sebaik-baik kebersamaan.

Oleh kerana itulah, hakikat kebahagian adalah, pada rasa kebersamaan Allah s.w.t. yang tidak pernah terpisah. Hatimu kesunyian, di tengah-tengah kesibukan, kerana tiada rasa kehadiran Tuhan, dalam hati yang semakin kegersangan. Wahai teman, kebersamaan Allah s.w.t. itulah penawar sebaik-baik yang menyembuhkan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“…Sesungguhnya dengan zikrullah, hati menjadi tenang…” (Surah Ar-Ra’du: 28)

Imam Al-Ghazali r.a. mengingatkan, zikrullah yang menyebabkan hati terus tenang dengan sebenar-benar tenang adalah: ingatan Allah s.w.t. kepadamu. Memang benar. Kalau Allah s.w.t. tidak mengingati kita dengan penuh kecintaan, nescaya Dia tidak akan menggerakkan hati kita untuk mengingatinya. Oleh sebab itulah Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam mengajar doa:

“Ya Allah… Bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan baik ibadahku…”.

Ungkapan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- ini mempunyai inti tauhid yang murni, kerana menisbahkan kelemahan diri hatta dalam beribadah, lalu menzahirkan rasa memerlukan hanya Allah s.w.t., untuk membantu diri yang lemah, termasuklah dalam melaksanakan tugas kehambaan dan dalam mengingati Allah s.w.t..

Andai bukan kerana pandangan redha Allah s.w.t., nescaya hati kita tidak terlintas untuk mengingati Allah s.w.t.. Malah, ramai orang yang membaca ayat Al-Qur’an tadi, berusaha menggerakkan lisan untuk zikrullah, namun tanpa hadir rasa kelemahan bahawasanya diri tidak dapat mengingati Allah s.w.t, melainkan dengan bantuanNya, akhirnya gerak lisannya turut tidak akan membawa hati yang mengingati Allah s.w.t..
Zikir lisan itu ada nilai ibadahnya tersendiri, sememangnya hal ini tidak dinafikan. Pahala banyak sudah dijanjikan. Namun kehadiran hati dalam zikir inilah merupakan kualiti zikir itu sendiri. Seseorang itu, ingatannya adalah di hati. Oleh itu, kehadiran Allah s.w.t. dalam hati itulah nadi yang membawa seseorang menghadapi kehidupan seluruhnya tanpa duka lara.

Hadirkan adabmu wahai hamba. Hadirkan rasa kamu memerlukan bantuanNya untuk mengingatiNya, mudah-mudahan dengan itulah Allah s.w.t. memperkenankan kamu untuk mengingatiNya. Ingatilah juga bahawasanya, kalau Allah s.w.t. tidak mengingatimu, nescaya kamu tidak terlintas untuk mengingatiNya. Ia akan membawa kamu kepada mengingati kebersamaanNya dalam hidupmu.

Nikmat cinta bukan sekadar mengingati yang dicintai. Akan tetapi, nikmatnya pada mengingati bahawasanya dirinya diingati oleh yang dicintai. Andai anda masih terasa anda mengingati yang dicintai, maka itu belum suatu kemurnian cinta abadi. Cinta abadi lagi hakiki yang akan menjadi kekuatan dalam diri adalah, apabila anda mengingati ingatan yang dicintai terhadap diri anda. Itulah maknanya, cinta sudah mula mekar mewangi.

Apa lagi andai anda mengerti, bahawasanya Allah s.w.t. sudah terlebih dahulu mengingati anda sebelum anda mengingatiNya. Ini terlebih indah dalam menghayati makna cinta. Rupa-rupanya, Dialah yang terlebih dahulu sentiasa mengingati kita, sebelum kita mengingatiNya. Malah, Dialah yang menggerakkan kita untuk mengingatiNya agar kita menikmati rasa indah diingati olehNya…ALLAH…ALLAH…ALLAH… Dialah Maha Pencinta, sebaik-baik Pencinta.

Benar bagai dikata, bahawa merasai diingati oleh Allah s.w.t. adalah nilai kebahagiaan abadi. Apalah nilai ingatan kita terhadapNya berbanding ingatanNya terhadap kita. Dengan melihat ingatanNya kepada kita, nescaya akan rasa kebersamaanNya dalam setiap kehidupan kita. Inilah penenang jiwa abadi.

Pernah Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dicaci oleh orang Yahudi, yang menuduh Tuhan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- sudah meninggalkan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-, kerana sudah lama tidak turun wahyu kepada Baginda s.a.w..

 ALLAH…ALLAH…ALLAH… Kepiluan, Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- kian terasa. Bukan kerana celaan si pencela. Tetapi kerana takut ditinggalkan ALLAH ,Sang Kekasih yang tercinta.

Maka Sang Kekasih Sebaik-baik Pencinta, yang tidak pernah membiarkan para kekasihNya terus berduka, terus menzahirkan nilai cintaNya yang Agung nan Mulia seraya berfirman (dalam Surah Ad-Dhuha):

“Tuhanmu (Hai Muhammad) tidak pernah membiarkanmu dan tidak pernah membenci…”

Allah…

Sang Kekasih terus memujuk kekasihNya yang tulus dalam cinta, agar terus memupuk  kehadiran dan kebersamaan Sang Kekasih Agung dalam jiwa. Itulah sebaik-baik penawar dalam jiwa, bagi menghadapi dunia yang penuh gelora. Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam-  dipujuk dengan mengingatkan bahwasanya diri Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- sentiasa dalam ingatan Tuhan segala kejadian.

Inilah kekuatan abadi, yang menjadikan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- terus tenang dan bahagia dalam menghadapi hidup yang mengajar seribu satu erti. Akhirnya kekuatan ini turut Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- kongsi, kepada teman karibnya di dunia dan di akhirat nanti, iaitulah Saidina Abu Bakar r.a. yang merupakan seorang sahabat sejati.

Ingatlah ketika mereka berdua di dalam gua, tatkala orang-orang kafir mula mencari-cari mereka, maka Saidina Abu Bakar r.a. mula terasa takut dan gundah-gulana. Bukan kerana dirinya, tetapi kerana insan kekasih seluruh semesta (Rasulullah s.a.w.). Ketika itulah Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- mengajarkan hakikat kebahagiaan di dunia, yang akann membawa seseorang bahagia sehingga ke syurga, iaitulah merasai kebersamaan Allah s.w.t. setiap masa. Sabda Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang bermakna:

“Jangan kamu sangka kita berdua, sedangkan Allahlah yang ketiga, bersama-sama kita yang kamu sangka sekadar berdua”.

Peristiwa ini diabadikan di dalam Al-Qur’an. Ia menjadi saksi keagungan rasa kebersamaan dengan Tuhan. Firman Allah s.w.t. dalam menggambarkan ungkapan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- kepada Saidina Abu Bakar r.a.:-

“…di waktu baginda berkata kepada temannya: "Janganlah kamu bersedih,  sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya…” (Surah At-Taubah: 40)

Alangkah bahagianya bersama Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-, yang sentiasa merasai kebersamaan Tuhan Sang Pencinta, lalu mengajar kita erti kebersamaan Tuhan dalam hidup kita. Inilah kekuatan kerohanian sebenarnya. Inilah ketenangan pada hakikatnya. Apabila hatimu merasai kebersamaan Allah s.w.t., maka betapa lapangnya hidupmu. Inilah kunci menikmati hidupmu. Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan rasa kebersamaan Allah s.w.t. dalam hati kita. Amin..




artikel diambil dari Raja Ahmad Mukhlis

Sunday, September 25, 2011

Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...

bila masuk je blog Nur Kasih nikan, mula2 skali akan keluar ayat kat ataskan...

'Destinasi cinta yang ku cari...Sebenarnya terlalu hampir...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati...'

mmm...ada kata saya ni jiwang sgtlah..mcm2lah...
sebenarnya ia adalah sepotong ayat dari lirik lagu nyanyian kumpulan nasyid MESTICA
tajuknya DESTINASI CINTA.
sesiapa pengemar nasyid tu, mereka tahulah.
sesiapa yang tak tahu tu, jom kita dengar. best tau... >_<



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…


*saya suka sgt lagu ni sbb ia seakan2 mengambarkan perasaan saya,walaupun ketika ini...

Sambal Belacan Asli Nur Kasih

gambar hiasan
bosan?
jom kita blajar buat sambal belacan asli. oleh sebab saya ni selalu buat sambal belacan, jom intai camna versi Ary buat sambal belacan nih.

bahan2
*cili padi/api
*belacan
*asam jawa

cara buat
*masukkan segenggam cili padi/api , 1/2 keping belacan(lagi banyak lagi sedap) kedalam lesung batu dan tumbuk hingga hancur. 


* apabila sudah agak2 hancur, bancuh asam jawa dengan air masak.(kira-kira 1/2 gelas air) bancuh pekat2.


*kemudian masukkan perahan asam jawa tadi kedlm lesung yang mengandungi sambal yang ditumbuk tadi.


*gaulkan dengan anak lesung, kemudian pindahkan dalam piring.

itu sahaja. tak perlu letak gula, kerana saya orang melaka, tak suka letak gula, tak payah letak garam kerana belacan dah cukup masin, ajinamoto lagilah tak payah letak....huhuhu...

kalu ada mangga muda, hiris halus2, yum..yum..lagilah sodap!

enak dimakan bersama pucuk ubi celur, ulam raja dan pelbagai jenis ulam-ulaman.

selamat mencuba...

*sambal belacan ini adalah versi Ary ok...lalalala...
*lain kali saya tunjuk resepi lain pulak k...huhu...

Saturday, September 24, 2011

Kerana aku sayang kamu, SAHABATKU!


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!

KERANA AKU SAYANG KAMU..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, SAHABATKU!

oleh sang kecapi, sahabat fb...

eh...sorry eh Encik Nuffnang...x perasan...hehehe..

tadi saya jeles ngan apit coz dia dah dapat 8 BE dari en nuffnang..
saya pon tgk  kat akaun nuffnang...

yeehaaa...

ada BE lah...rupa2 dah de 5 BE dari en nuffnang, 2 dr blog ni, 3 dari ARY THE BOOM...

sianlah saya nih..biar nak suka jap eh... >_<

Cinta Tanpa Sebab


Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati..

dari saya, kita mencintai seseorang sebab rasa cinta itu Allah dah beri pada kita. sebab kita dah jumpa pasangan kita. ada link, ada connection... yang benar ialah, cinta tak boleh nak diautakan...


manusia zaman sekarang ni suka paksa memaksa. benda kecik pun boleh jadik besar. tak logik dek akal bergaduh pasal benda remeh temeh. sanggup bermusuhan hingga berbunuhan. tapi ia menjadi sangat logik pada masa sekarang ni.

TAK BOLEH



asim : weh wan, aku nak pinjam laptop ko leh tak?..,

wan : pakai aa.. tuh ade atas meja

kasim : wan, ape password laptop ko neh?,

wan : tak boleh

kasim : cepat la woi..bagitau aa password laptop nie..

wan : aku kata tak boleh, tak boleh la..

kasim : kdkot siot ko neh.. (smbil bangun dari kerusi)

wan : eh kasim, ko nak g mana? tadi kata nak pijam laptop??

kasim : dah ko tak bagi password camne aku na pakai..(jeling)

wan : laa...kan aku da kata...TAK BOLEH.. tula paswodnye..

heeee........

moral of story, tukar password anda selalu coz banyak hackers yang cam pontianak kat alam maya ini..huu..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka


Ada sangka baik…ada sangka buruk…

Orang beribadat disangka riak
Orang yang relak disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang Nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya…


sana sini tudung-cik tudung,glamour kau!

Wardina n Diana
Dalam bulan syawal ni nampaknya ramai orang teruja ngan cik tudung. tudung, hijab, jilbab, selendang, telekong, purdah n whatever panggilannya serata dunia...cik tudung kau memang terbaik!...

kita lihat sahaja dunia artis Malaysia cukuplah, daripada yang tak pakai tudung kini dah pakai, yang pernah pakai, tak pakai balik, ada yang pakai kejap2 pula, ada yang berazam pakai sampai mati, yang baru nak pakai, ramai juga yang pakai nampak jambul, yang pakai tapi dah kantoi..opss! yang pakai ikut fesyen, yang beli baru bila tudung dah berlubang sehingga masuk lalat...ehh..maap..tu tudung saji! >_<

apa pun, semuanya berkisar pasal tudung. jadi top sekejap cik tudung, sampaikan adik beradiknya turut ngetop. ialah, x pasal-pasal asal namanya tudung jer berebut2 orang beli kat serata Malaysia, sampai sold out! eh..gurau jer......


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. .."
[Al-Ahzab : Ayat 59]


semoga kita sentiasa diberi taufiq dan hidayah serta rahmat yang tidak terhingga oleh Allah swt...amin...

Friday, September 23, 2011

baik hati...bila akan berakhir?


bercerita mengenai kebaikan itu terlalu banyak, bercerita mengenai kebaikan hati tu terlampau banyak, tidak terhitung. maksud saya, bukanlah saya mempersoalkan kebaikan itu.. tidak sama sekali!

kepada yang sedang membuat kebaikan.. teruskan. kepada yang akan membuat kebaikan..jgn bertangguh lagi, kepada yang belum membuat kebaikan..jgn tunggu lagi. teruskan!! kepada yang teragak-agak untuk membuat kebaikan..kenapa perlu teragak2,pasti ia sebuat kebaikan yang sudah tentu akan memberi manfaat,sekurang2nya kepada seseorang.

kepada yang sedang dilemma kerana membuat kebaikan..apa sebabnya? kebaikan yang memakan diri? kasihan..cari jalan keluar..sayangi diri anda sebelum anda menyayangi diri orang lain.. betulkah ungkapan itu? bukankah maksudnya pentingkan diri sendiri?

bagi pendapat saya, ada dua sebab. ia boleh jadi kita pentingkan diri sendiri kerana memang kita pentingkan diri sendiri atau sebab kedua, kita tidak boleh keluar dari lingkungan kehidupan lama yang sepatutnya sudah maju selangkah kehadapan kerana kasihankan seseorang atau sebab tertentu yang menghalang kita dari membuat keputusan.

ada sesiapa faham maksud saya?

ayat mudah,ialah kita membuat kebaikan kepada orang lain namun dalam masa yang sama kita membinasakan diri sendiri. kita tak boleh berhenti membuat kebaikan tersebut kerana dalam hati kecil kita ini sekurang-kurangnya masih tersisa nilai2 murni yang di himpit rasa kasihan yang teramat dalam.

lebih-lebih lagi org yg terdekat dengan kita.. tentu sukar untuk membuat keputusan.

walaubagaimanapun, segala kebaikan yang kita lakukan wajiblah disertai dengan keikhlasan. barulah pengorbanan kita membuat kebaikan tadi mencapai kepuasan yang maksima. bersangka baiklah dengan Allah krn itu yg terbaik dalam membuat keputusan.

Anda Lelaki Soleh?


MENGENALI LELAKI SOLEH 

Naim n friends 
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. 

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.

Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.

Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL-QURAN DAN HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T

12.Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.

16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T

17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Thursday, September 22, 2011

akibat ditinggal tunang, seorang gadis mengidap trauma 'MALAXOPHOBIA'

ntah kenapa, saya begitu tertarik dengan isu2 yang berkaitan perkahwinan akhir-akhir ini.. dan hari ni jom kita kongsikan cerita trauma seorang gadis bersama dang setia.


SAYA berumur 34 tahun dan sewajarnya mempunyai keluarga. Namun nasib saya tidak sebaik orang lain kerana sehingga kini saya masih mencari teman sesuai untuk membina keluarga bersama.

Meskipun ada yang mencuba nasib melamar saya, saya ragu-ragu untuk menerima hasrat mereka kerana saya pernah mengalami nasib malang lima tahun lalu. Saya pernah ditinggalkan oleh bakal pengantin lelaki menjelang perkahwinan untuk bersama orang lain, menyebabkan saya trauma menerima mana-mana lagi pinangan.

Hubungan cinta saya dengan bakal suami ‘tidak jadi’ itu dibina enam tahun lalu. Dia hanya meninggalkan pesanan tidak dapat meneruskan perkahwinan kerana rakan sekerja wanita akan bunuh diri jika dia mengahwini orang lain.

Alasannya sungguh tidak munasabah, menyebabkan keluarga saya menanggung malu atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Sejak kejadian itu perasaan sedih dan marah saya bercampur gaul, menyebabkan saya tidak mempercayai lelaki lain yang mahu memperisterikan saya.

Kadangkala rasa benci terhadap lelaki membuatkan saya melepaskan amarah terhadap rakan sekerja walaupun kesilapan dilakukan terlalu kecil.

Saya sungguh rimas jika berada di tempat yang dipenuhi lelaki dan menyebabkan saya kadangkala sesak nafas.

Akhirnya saya menjadi seorang yang sukar didekati dan mudah mengamuk meskipun perkara itu remeh. Dang Setia, bagaimanakah saya mahu menjauhi perasaan dendam?

ZUE
Klang, Selangor

ini jawapannya...

Sebaik meneliti permasalahan Zue, Dang Setia dapati Zue dihantui ‘malaxophobia’ iaitu perasaan fobia untuk melalui pengalaman bercinta sekali lagi. Ciri yang dapat diperhatikan ialah Zue tidak selesa dan sangat sensitif dengan kehadiran mana-mana lelaki meskipun mereka rakan sekerja.

Perasaan marah dan trauma diperoleh daripada kenangan lalu mengakibatkan Zue melepaskan ia kepada lelaki yang cuba mendekati Zue.

Malah, Zue turut berasa ragu terlampau dengan setiap niat baik lelaki yang berhasrat memperisterikan Zue.

Ini kerana Zue sangat terluka dengan pengalaman ditinggalkan bekas teman lelaki pada saat majlis sudah siap sedia menanti kehadirannya.

Kesan dilukai terlalu dalam menyebabkan trauma, sekali gus menghapuskan semua perasaan dan tanggapan positif yang wujud terhadap lelaki.

Menurut perspektif ilmuan Islam seperti Imam Ghazali kelakuan seumpama ini satu bentuk demonstrasi kepada qada’ dan qadar tuhan. 

Seharusnya sebagai Muslim, musibah ini dilihat sebagai cubaan daripada Allah SWT dan perlu ditenangkan dengan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. 

Firman Allah: “...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali.” (Al-Baqarah, 156)

Dengan ini, Zue akan berasa tenang dan dapat menerima hakikat dia mungkin bukan diciptakan untuk Zue dan Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat Zue.

Selain itu asuhlah hati Zue yang mulai ‘membeku’ dengan Istighfar dan kemaafan. Dua perasaan ini penawar terbaik buat hati mereka yang penuh dengan kemarahan dan kehampaan.

Selain itu, ceriakan diri dengan fikiran lebih optimis dan lupakan kisah lalu dengan memberi peluang kepada mana-mana lelaki yang ikhlas memperisterikan saudari.

Tidak salah mencuba dan memberi peluang kepada mereka supaya Zue dapat melihat keindahan di sebalik keperitan percintaan lalu.

dari saya, saya suka dengan jawapan yg diberi dang setia. sebenarnya ramai orang yang mengalami trauma ini dengan pelbagai sebab. antaranya masalah ibu bapa bergaduh/bercerai, halangan keluarga dan masalah zue tersebut. dan ia berkaitan dengan perkahwinan.


bayangkan sejenak kita ditempat zue... memang trauma. namun, kita hendaklah bersangka baik dengan Allah sentiasa. ada hikmah yang mungkin kita tak tahu yang menanti kita di hadapan. Insya'Allah..sabarlah selalu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...