Wednesday, September 16, 2009

Surah ALmari?

ari ni buka email, dpt cite nih... sengaja nak posting walaupun rasanya ramai da tahu... selamat membaca... :)



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Oleh : Muhamad Al Hafiz


Tuesday, September 15, 2009

Anti dan Doa

Doa itu senjata umat islam Pictures, Images and Photos

hari jumaat minggu lepas, saya telipon anti... anti tak dapat menahan sebaknya, menangis kesakitan kerana kakinya semakin bengkak, gatal dan bisa. saya x mampu berkata apa2,cuma menahan sendu dan mengucapkan kata2 sabar. jika saya berada di tempat anti agaknya, dapatkah saya menahan perasaan itu?
saya cuba sedaya upaya memahami anti, kesakitan anti dan kesedihan anti.
apa yang mampu saya lakukan selepas meletak telipon ialah memanjatkan doa kepada Allah supaya meringankan beban kesakitan yang anti tanggung. saya tidak mampu untuk mendoakan ketabahan dan kekuatan dari Allah untuk anti, kerana anti pesan, jika kita minta kekuatan dan ketabahan, Allah akan uji kita dengan kekuatan dan ketabahan juga.
saya juga bertukar ayat doa semenjak itu. jika selama ini saya sering mendoakan supaya memberikan ketabahan dalam setiap ujian yang Allah berikan pada saya, saya meminta supaya saya sabar menempuh ujian yg Allah beri pada saya saban waktu. saya juga memohon agar diberikan rezeki yg melimpah ruah, jika sebelum ini saya minta supaya dimurahkan rezeki.
saya juga selalu minta keredhaan berpanjangan dari Allah. dan saya juga amat menyakini doa kepada Allah. doa itukan senjata orang2 mukmin...
"Engkau sahaja (Ya Allah) kami sembah. Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan". (al-Fatihah ayat 5)
semalam anti telipon saya, alhamdulillah, suara anti sedikit ceria. saya tahu, saya amat mengerti.
anti sgt tabah atau pura2 tabah atau terpaksa tabahkan hati. mungkin sakit anti ada sedikit berkurangan. saya tumpang lega. anti sapu minyak kelapa yang saya sarankan. alhamdulillah... bukankah kelapa ada 1001 rahsia didlmnya?
"Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik dilangit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan serta mengetahui apa yang kamu usahakan.”
(QS. 6. Al An’aam)
saya tak berkesempatan berbuka bersama anti lagi. adalah 2-3 kali saya dapat berbuka bersama. itupun juadah beli. keadaan saya amat2 tidak mengizinkan. namun, saya pesan kpd anti agar kirimkan saja juadah apa yang anti mahu dari sahabat saya, juga anak angkat anti, rodziah. alhamdulillah... harapnya sahabat saya tidak jemu2 membantu. doa saya semoga penyakit dan kesakitan anti berkurangan. semoga raya tahun ini lebih bererti lagi buat anti dan saya juga...insya'Allah...

Friday, September 11, 2009

Ramadhan...Jangan Kau Pergi!



tinggal bape hari lagi nih....
Ramadhan... sempatkah lagi aku menemuimu tahun hadapan?

*ader saper2 namanya En. Ramadhan? bole berkenalan..... n_n

Wednesday, September 9, 2009

Tolong Hentikan!!

war Pictures, Images and Photos
bila ary blogworking, takut sungguh tgk 'perang' blog yang sungguh2 menakutkan. bukan setakat kutuk mengutuk jer malah lebih dari itu. kalaulah dunia blog ni ibarat bumi, mesti dah hancur lebur malaysia dan indonesia nih... tolonglah hentikan segera! tak sanggup ditimpa peperangan. cukuplah berperang dgn diri sendiri... plezzz.... kita serumpun, islam pulak tu.... x suka gaduh2... x suka persengketaan.. usahlah menambah minyak dalam api yang sedang marak.. cegahlah persengketaan ini... wahai semua... yang rugi kita juga..............................


*betul emosi nih....

Thursday, September 3, 2009

Jangan Mungkir Janji

hand in hand Pictures, Images and Photos
saya suka bait2 puisi ini...

Syair Mungkir Janji
Tuan berjanji berpegang tangan,
Mengaku bersama menyingsing lengan,
Tidak peduli tegah dan jangan,
Umpama sungai tiada berhalangan.
Tetapi akhirnya apalah sudah,
Beberapa lama tangan menadah,
Rupanya tuan meluahkan ludah,
Umpama biawak bercabang lidah.
Tidakkah ingat tuan berkata,
Mahu bersama hina dan leta,
Daripada hidup berputih mata,
Biarlah tulang tercampak ke kota.
Tidak kusangka tuan tak ingat,
Umpama lebah membuang sengat,
Bila terasa api yang hangat,
Lekas benar tuan merengat.
Kalau begitu aku berpesan,
Riwayat kita hapuskan kesan,
Supaya tidak berhati bosan,
Hilang segala resah dan resan.
Puisi Melayu Klasik,1991.
Oscar Book International.
jgnlah kita mungkir janji sbb ia pasti akan menyakitkan hati org yang kita sayang.kalau tak nak tepati janji, tolong jgn berjanji. jika kita tak tepati apa yang kita janji kita akan dikatakan berbohong,munafik dan mcm2 lagi... jujurlah wahai teman. tak susah pun nak jujur, jadilah diri sendiri. tak susah pun nak jadik diri sendiri, ikhlaskan hati tu, macamana nak ikhlaskan hati? tetapkan iman didada,caranya? solatlah lima waktu,mengaji dan berzikir....


*utk diri sendiri jgk....


Tuesday, September 1, 2009

kadangkala

art Pictures, Images and Photos

kadangkala orang tak tahu. kita rasa sakit dengan kata2.kadangkala orang buat2 tak tahu. malas nak minta maaf. kadangkala orang sengaja buat2 tak tahu. ingin kita rasai sakit. kadangkala elok juga jika kita berpegang kepada kata2 ini yang pernah seseorang beri pada saya. 'ingatlah kebaikan yang pernah orang buat pada kita, lupalah kebaikan yang pernah kita buat pada orang, ingatlah keburukan yang pernah kita buat pada orang dan lupalah keburukan yang pernah orang buat pada kita', insya'Allah...dalam hati tiada rasa dengki, dalam minda di hujani fikiran yang positif.
kadangkala
kita rasa tertekan. kerana beribu masalah menerjah. kadangkala kita hampir gila kerana masalah sering datang serentak. kadangkala kita rasa nak pandu kereta laju2. biar masalah hilang. kadangkala sampai minyak habis, kita hampir xcident pun,masalah tak selesai2. sebenarnya hidup ini tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. kadangkala kita tersedar sendiri bahawa kita terlalu mengikut perasaan, padahal perasaan itu boleh kita kawal.
hailah hati...ikut hati mati ikut rasa binasa, ikut jiwa yang lara boleh gila. usah diturutkan reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang kadangkala kita imaginasikan. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan yang ada di depan mata.
kita sebenarnya dilahirkan untuk sebuah kejayaan. jika kita tak berjaya hari ini, esok mungkin. tak esok, esok2nya mungkin dan seterusnya. kadangkala kita tak sabar walhal sabarlah kunci kejayaan...sabarlah ary wooiii....


*lebih nasihat utk diri sendiri yang asyik lara jerk. huuu....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...