Saturday, August 29, 2009

Nur Kasih



''kita memang x boleh jadi org lain tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik...''

ary tgh layan drama nih... best....


Thursday, August 27, 2009

Manusia dan Godaan


Manusia
- Eh, dah subuh dah
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia
- Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Monday, August 24, 2009

mmm...

letih Pictures, Images and Photos

ari nih x terkata...letih kot........
Anti
semalam saya berpeluang menjengok anti sekejap. mujurlah saya pergi,masa tu dalam pukul 6.00ptg. saya antarkan lauk yg mak kirimkan. lauk petai masak lemak cili padi.
saya tgk anti sdg merebus air, lalu saya tanya anti,'anti nak masak apa tu?'
'meggi...' anti menjawab dgn suara yang lemah. 'meggi?' saya terkejut... 'itu jelah yang ada,x sempat nak beli apa2...' anti menjawab lemah dgn senyuman yang tawar.. tak pe anti, meh saya belikan apa2 kat pasar ramadhan...' tiba2 anti ceria. 'x menyusahkan ker?' anti bertanya lagi.
'langsung x, anti..' saya pun meredah pasar ramadhan yang pada mulanya malas saya redah sebab tersangatlah sesaknya, demi anti yang sungguh kasihan semalam. anti memesan murtabak dan kuih tepung pelita. mungkin sahur, anti panaskan lauk yang saya bawa.
apalah daya anti, berbuka sorang2. bukan anti tidak berduit, tetapi anti tidak berkeupayaan. saya meminta maaf kerana tidak dpt menemankan anti semalam, tetapi saya sudah berjanji dgn anti akan berbuka dgnnya bila keadaan mengizinkan.....

Friday, August 21, 2009

jom amal Islam 100%!


Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..
dah...
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
oleh yg demikian,sape2 saje yg terbace...silalah yer.....
3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..
insya'Allah.....

terima kasih kat adik mujahidah asrar atas tag ini...insya'Allah....kita sama2 teruskan perjuangan supaya Islam menjadi amalan kita 100% dan Happy Ramadhan Day... n_n




semoga aku tabah menghadapi kehidupan penuh pancaroba ini...

Tuesday, August 18, 2009

Pengejar Syurga Akhirat

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...-petikan dari blog arwah Ustz Asri Rabbani....



ingat kat arwah adik... 5 ramadhan ni genap 3 tahun pemergian arwah adik... sedeynyer....
semoga kau Nurul, aman di-sana.....

Monday, August 17, 2009

kala hujan

Rain Pictures, Images and Photos

Tadi hujan.Lebat sangat. Syukur x terlepas solat asar. Mujur ade orang antar kat masjid. Nak seribu cara…. Ari nih balik awal 1 jam…mujur x ramai orang. Dalam ujan2 ni, saya teringat masa kecil2 dulu. Masa tu dlm darjah 6, keciklah tu kiranya. Saya suka main hujan. Sampai sekarang pun suka sgt2 kalau ujan lebat. Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati shj. Kalau main hujan x pe, ader geng ker x de geng ker, redah jer. Tapi syaratnya biar hujan lebat. Tapi tgk keadaan. Kalau petir dan kilat berlumba2, saya akan ambik bantal dan selimut, tido… nikmatnya tido….zzzzz…. saya selalu akan marah adik2 saya jika mereka nak main ujan sama dengan saya. Bunyinya begini….’masuk!! nanti basah dan deman. kalau nak main jugak…jom kita main sama2….…’Hahaha…selagi tak slow ujan, selagi tu main ujan x henti2. bukan pegi mana2 pun. Lari2 keliling rumah, pastu,bila nampak ada motor atau kete lalu tepi jalan, cepat2 nyorok balik rumah. Maklumlah…pemalu…(^^,) pastu, rebut2 nak masuk bilik air. Lepas mandi, apalagi..lapa laaa….saya ni jugaklah yang masak. Apa pun yang saya masak,sedap ker x sedap, jarang bersisa. Tapi mulut masing2 macam tuuuuttt….. macam saya tak tahu, belakang kan maen puji, depan saya..mengutuk habis. X sedaplah..apalah.. tapi tu sume tinggal kenangan. Sekarang, mana ada sape2 kat rumah. Masing2 dah keje, kawin, masuk asrama. Nak masak pun x de mood. Selalu x masak. X berasap langsung dapur seminggu pun ada. Bukan malas, tapi x de mood. X de sape nak makan. Tak de sape nak kutuk. Tu yang sejak 2 menjak ni gastric rajin benau datang bertandang. Rindunya kat adik2. Nikmat rindu itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa “adakah aku juga kalian rindui??”mestilah ader kot. Sejak 2 menjak ni jugak asyik tersedak jer… ada org rindulah tu…mmm….'kak yong rindu sangat2 masa dulu…'andailah dapat ku putar waktu….Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan pula....

Saturday, August 15, 2009

Anti Dan Ramadhan Saya

Ramadhan Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum…

Kali ini saya agak sibuk. Sambung belajar dan membuat kerja sambilan. Bulan Ramadhan ni pula nak berniaga acar rempah -belajar resepi daripada anti- sape2 nak beli, leh bagitahu eh.. maklumlah, sebelum ni saya tidak bekerja, Cuma jadi penanam ‘anggur’ di rumah. Walaupun ada membela ikan, itu cuma hobi dan minat saja. Kalau nak jadi pendapatan pun, agak lama hasilnya.Curi2 waktu saje nih. Hehehe…tgh rajin bukan kira dimana pun.
Saya amat menyukai bulan Ramadhan. Hinggakan saya berangan2 jika ditakdirkan saya mempunyai anak lelaki kelak, saya akan menamakannya 'Muhammad Ramadhan'. Namun, Ramadhan yang 3 tahun ini amat mencabar bagi saya. Dalam menunggu-nunggu Ramadhan kali ini, terselit kebimbangan yang bukan sedikit. Apakah yang akan menanti saya pada Ramadhan tahun ini? sepanjang 3 tahun ini, air mata mengiringi Ramadhan saya. Saya berdoa semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kebahagiaan kepada saya dan keluarga....insya'allah..
Kenapa dan mengapa saya jadi penanam ‘anggur’ tidak perlulah saya ceritakan…buat menyakitkan mata yang membaca jer.lainlah kalau ader sape2 nak tahu bolehlah bagth saya. Insya’allah…saya akan ceritakan pengalaman saya. Menarik juga tau walaupun sakit mata...Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.
Saya pernah menceritakan pada posting yang lepas,‘amat sempurna walaupun tidak sempurna’ mengenai anti,mak angkat saya. Mmm...saya sambung lagi ya.
Anti mempunyai pelbagai pengakit pada usianya 28 tahun lagi. Boleh dikatakan semua penyakit anti ada. Lengkap kata anti. Pengakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gaut, dan macam2 lagi. Sekarang ni pun anti diserang deman yang agak membimbangkan. Walaupun kadang2 saya tak nampak kesakitan anti, anti tetap nampak tabah. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Semoga anti lekas sembuh. Tengahari tadi saya ada belikan anti kueh tiau goreng +air sirap laici. tapi sikit jer makannya. Nak buat mcmn, org dah x selera. Anti bagi saya rm10, saya menolak, kerana harga nya tak sampaipun rm5. Tapi anti bagitahu yg nanti belikan anti untuk makan malam pula. Lebih tu ambiklah... saya pun ambik saja dan mengucapkan terima kasih.
Satu perangai anti ialah, anti tak suka menyusahkan orang,melainkan terpaksa. Itupun anti akan meminta maaf berkali2 kerana menyangka yang anti sudah menyusahkan org. Jika anti mengirim barang pula,saya terpaksa mengambil duit jumlah apa yang dikirimnya, walaupun rm2 saja. Jika tidak,anti tidak akan mengirim apa2 barang daripada saya atau anak2 angkatnya yang lain. Dah tu kena marah pula. garang juga anti ni tau..hehehe..
Anti yang pernah mendirikan rumah tangga suatu ketika dahulu,tidak dikurniakan cahaya mata. kami nilah anak2nya, anak2 angkatnya,kawan2 saya. Kamilah tempat anti bermanja selain drpd anak2 buahnya yang saya pernah jumpa sekali sekala..Maklumlah pemalu..huhu.. Malah, kami sebenarnya yang berlebih2 manja dengan anti. Anti sebenarnya ibarat tempat mengadu segala masalah yang kami hadapi. tak kiralah masalah tu bagaimana jenisnya. Yang bestnya, pendapat anti jenis yang 'boleh pakai', malah lebih pada nasihat2 yang amat bermanfaat.
Saya mengenali anti sewaktu bulan Ramadhan hampir 3 tahun yang lepas oleh kawan saya. Kali pertama jumpa, saya berbuka puasa dirumah anti. Namun pada hari tersebut, kami cuma makan nasi ayam yg dibeli kerana kesihatan anti tidak mengizinkannya untuk memasak. Bermula pada hari itu, saya menjadi salah seorg anak angkat kesayangan anti...ye ker(?) huhu...Kami sebenarnya 'berebut2 tahta' anak angkat kesayangan anti. Saya mungkin berada ditangga ke 2 atau 3. Namun, bukanlah bermakna segala yang kami lakukan kerana ada maksud 'berebut tahta' tu. Mak saya selalu pesan,berbaktilah pada anti selagi hayatnya. maka saya berpegang kata2 mak saya tu.
Dalam pada tu, dah panjang sgt rasanya coretan yang bukan coretan lagi nih. Lain kali saya sambung lagi ya.......

Dan buat pembaca sekalian...selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ini...

Friday, August 14, 2009

Insan teristimewa..

Ini soklan tag yang tercicir ari tu...

Insan Yang Teristimewa....
Mereka adalah MEREKA
tiada aku tanpa MEREKA
mak dan ayah
tiada warna warni dalam hidupku selama ini bila tanpa MEREKA
adik2 kesayanganku
dunia luarku bagai tiada penghuni jika tanpa MEREKA
sahabat handaiku
tiadalah aku ilmu jika tanpa MEREKA
guru2 ku
hidupku tiadalah suka dan duka tanpa MEREKA
saudara maraku
tiada kematangan diriku tanpa MEREKA
anti,atuk dan nenek
dunia cyberku sunyi sepi tanpa MEREKA
member2 blogku....

Dari Allah kita datang...kepadaNYA jua kitakan kembali.......

terima kasih sume....


Monday, August 10, 2009

semoga merdeka jiwaku


hatiku rawan
tapi taklah sampai kena sawan
masih mampu ku tawan
meski hati menggelodak melawan
apa nak buat
hati mesti kuat
hidup harus semangat
hidup mesti terus
walau bagai nak mampus
menahan jiwa dari terus tertimbus
dek rawan yang tak tertebus

selamat merdeka negaraku
semoga merdeka jiwaku
dari penjajah waktu
yg tak tentu
aku tahu aku mampu

selepas ni dah mula bz
tak bleh nak lazy2
x blehlah selalu nak update
namun ku cuba walau seminit
daaa......=)

Sunday, August 9, 2009

Tidak Sempurna Tapi Amat Sempurna

Saya terpanggil untuk menceritakan sesuatu. Saya bukanlah seorang yang rajin menaip,selalunya copy and paste je. Ialah, peribahasa arab pernah menyatakan bahawa jika kita mahu membuat sesuatu, kita akan cari jalan. Jika kita tidak mahu membuat sesuatu, kita akan cari alasan. Coretan saya ini sekadar renungan bersama. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Saya mempunyai seorang mak angkat, yang saya panggil anti. Orangnya sudah pun berusia dalam 55 tahun,hidup seorang diri,dan berstatus oku-orang kurang upaya-, kerana lumpuh separuh badan, namun masih boleh berjalan walaupun secara amat payah,dan hanya sebelah tangan dapat berfungsi dan perbagai penyakit lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Berkesempatan mengenali anti, banyak yang saya pelajari terutama tentang kehidupan. Selalu saya mengeluh kerana sesuatu perkara yang mampu saya lakukan namun selalu mencari alasan tidak,kerana malas,atau tidak minat melakukan sesuatu perkara itu. Ada juga kerana saya tidak yakin dan mengharapkan ada org lain yang tolong buatkan untuk saya.-hidup terlalu bergantung pada orang- Tetapi tidak pada anti. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
Segalanya anti lakukan sendiri,membasuh,memasak,menanam pokok bunga,mengemas rumah dan segala yang manusia normal lakukan,mampu dilakukan oleh anti. Saya amat kagum,sering kali singgah dirumah anti, rumahnya kelihatan sangat bersih dan teratur. Pada pandangan saya anti seorang yang amat pengemas dan pembersih. Masakan anti pula sungguh sedap dan menyelerakan.

Suatu hari, saya berkesempatan tidur dirumah anti,seingat saya puasa tahun lepas. Saya datang pada waktu tengah malam, banyak perkara kami borakkan sampailah waktunya untuk saya tidur. Anti mengejutkan saya pada waktu hampir pukul 4.30pg untuk bangun sahur. Saya amat terkejut kerana segala2nya sudah tersedia. Makanan dan air terhidang dihadapan saya. Saya merungut juga, kenapa anti tak kejutkan saya,sepatutnya saya yang masak, namun anti mengatakan yang anti sudah biasa, dan mengatakan yang saya ini tetamu,patut dimuliakan.

Saya bertanya pada anti waktu anti bangun untuk masak, dan jawapan anti pada pukul 3 pg. Saya teruskan makan seberapa selera yang mungkin kerana tidak mahu mengecilkan hati anti,kerana saya amat memahami perasaan tukang masak,amat kecil hati jika masakan yang dimasak tidak dimakan, atau dimakan sedikit sahaja. Saya rasa semua tukang masak sama ada profesional atau tidak akan merasai perasaan ini.

Pada petangnya pula,saya berkesempatan menolong anti didapur,setelah pulang dari kerja waktu itu. Tambahan pula ramai yang akan berbuka iaitu kawan2 saya yang merupakan anak angkat anti juga. Sewaktu melihat anti memotong bawang, bagai hendak menitis air mata ini melihatnya. Dengan tenaga sebelah tangan itulah anti memotong bawang. Bawang besar diletakkan di atas pemotong kayu lalu perlahan-lahan dihirisnya. Begitulah dengan bahan2 yang lain. Bawang putih, halia, ikan bilis, semuanya anti buat sendiri. Barulah saya sedar,mengapa anti mengambil masa yang lama untuk masak.
Saya hampir tidak membantu apa-apa kerana semuanya sudah disiapkan oleh anti. Saya cuma tolong ‘kacau’ dan susun yg mana patut untuk kawan kawan yang akan datang nanti. Seperti yang saya kata,masakan anti memang sedap. Habis kami semua makan,dan nampak kepuasan diwajah anti kerana masakannya di habiskan.
Anti pula tidak gemar menerima pujian kerana katanya apalah sangat dia mampu buat untuk kami semua. Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. Pada hari itu sebenarnya byk memberi pengajaran kepada saya. Anti tidak sempurna,tetapi amat sempurna pada pandangan mata saya.
-Jika ada kesempatan saya akan bercerita lagi mengenai anti yang patut kalian tahu,itupun jika ada yang sudi membaca coretan yang panjang ini…

gastrik...ooh gastrik

hari tu sakit gigi
la ni...petang tadi bawa ke sekarang..jam 1 lebih nih
ary di serang gastrik
aduhai.....
makan x tentu nilah...
jarang kena, tapi sekali kena..terguling2..


sedikit info tentang gastrik


Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Puncanya pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes gastric yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori)
(sumber:hospital.....)

Saturday, August 8, 2009

8 tip bakal2 suami



Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat (setuju)
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama (sgt setuju)
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang (sgt penting)
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak (tak tau pun x pe kot...)
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’ (mmm...bertimbang rasalah tu)
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian (no idea!)
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri (sampai hati ker biarkan jerk?)
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu (blajar plahan2...)
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.



*tq sue
*sekadar copy n paste jerk....
*ary x leh nak kata lebih2 coz nanti org kata "patutlah x kawen lagi...memilih rupanya..."
*pilih yg sedang2 jerk....

tag tu ape? biskut ker?


terima kasih buat adik hua seng coz bagi tag kat ary...

1. Nama timangan anda
kak yong comel...hahahaha...(betol..x tipu)

2. Anda seorang yang
pemalu....huahuahuahu...

3. Lagu feveret
lagu 3 kupang...

4. Makanan kegemaran
sup tulang...

6. Warna kesukaan
sume...

7. Benda yang mesti ada dalam beg
errrr...x de beg ler...guni ade ler,dlm guni ade cangkul dan jala ikan... ekekeke...

8. Kali terakhir anda menangis
sekarang nilah....huwaaaaa.....

9. Sikap yang buat anda strezz
owang sterzz ngan aku...strezz tullah org yg strezz ngan aku yang strezz sbb strezz ngan aku...

10.tag 6 rakan anda
cik bunga, ikan patin,ikan haruan, sawi jepun,buah naga dan mr pacat...errr...tu ler kawan hamba...eh...salah ker?....

tu aje...sekian hua seng.....



*jangan mare eh....*

Thursday, August 6, 2009

Mencari Kebahagiaan

Apa khabar saudaraku sekalian? Diharap semuanya berada di dalam kawalan emosi yang masih waras dan stabil. Ini kerana manusia itu sentiasa alpa. Alpa dalam mencari sesuatu dalam hidupnya. Alpa dalam semua perkara yang menuju kepada perkara-perkara kebaikan. Manusia selalu gopoh dalam melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan kesenangan,kegembiraan dan kegirangan. Kadang-kadang manusia itu lupa yang mereka terlalu berlebih-lebihan dalam ‘meraikan’ sesuatu yang sedemikian.
Dalam mencari kebahagiaan yang kita impi-impikan itu tidaklah sukar. Tidak pula senang. Ianya menjadi sangat senang kepada manusia-manusia yang sentiasa sabar dan redho dalam menghadapi apa juga dugaan yang mendatang. Begitu jugalah sebaliknya. Ia akan bertambah sukar jika manusia itu sentiasa menuding jari kepada orang-orang sekelilingnya. Akibatnya tiadalah kebahagiaan yang diperolehi malahan penderitaan yang berterusan.
Ada yang memilih neraka padahal syurga terbentang didepan mata. Ada yang sanggup bermati-matian untuk perkara yang sia-sia padahal banyak perkara yang lebih penting patut di utamakan. Sebagai contoh, seorang isteri yang berasa amat kecewa setelah di madukan tanpa rela. Setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin dan hidup bersama,si isteri mengetahui yang suaminya bermain kayu tiga dan berkahwin lain tanpa pengetahuannya. Ya, hati mana yang tak hancur,tanyalah sesiapa sang isteri diluar sana,tiada yang sanggup kecuali mereka yang tak tamakkan harta dunia. Ya, tamakkan harta dunia. Suami harta dunia, amalan terhadap suami, harta syurga.
Berbalik kepada si isteri tadi, si isteri berasa hidupnya sudah berakhir,bagai hendak membunuh diri kerana tamakkan harta dunia tadi. Sedangkan Allah sudah menjanjikan payung emas di syurga kelak. Sesetengah sang isteri mengetahuinya, namun tidak redho malah menyalahkan si suami. Tahukah mereka,si isteri tadi,inilah ujian-NYA, ujian yang menguji keimanan mereka. Dan sudah tentu, ujian itu mampu mereka hadapinya. Namun,hampir semua sang isteri yang menghadapi situasi sedemikian berakhir dengan penceraian. Kerana itu mereka mahu,itu yang mereka tuntut kerana tak sanggup dimadu. Mangsanya? Anak-anak. Lebih haru lagi anak-anak yang kecil dan masih bersekolah. Kasihan mereka. Hidup yang pernah suatu ketika dahulu sangat bahagia tiba-tiba dilanda ribut taufan yang menenggelamkan bahtera mereka.
Oleh yang demikian terjadilah kepincangan akhlak yang meruncing. Kepada anak-anak yang tidak memberontak dan berhati tabah,alhamdulillah. Namun begitulah sebaliknya akan terjadi kepada anak-anak yang masih mencari identiti sendiri. Sedangkan keluarga yang bahagia itu pun terdapat anak-anak yang pincang dan buruk akhlaknya,inikan pula keluarga yang berpecah belah. Maka disini, tidak bersyukurkah kita? Ya, bersyukur kerana setidak-tidaknya kitalah anak yang tidak memberontak dan berhati tabah itu.
Kita meneruskan hidup untuk mencari kebahagian. Ya, kebahagiaan. Maksudnya, jika kita bekerja dan dapat gaji, kita gembira,bahagiakan? Jika kita bercinta dan berkahwin,kita gembira,bahagiakan? Jika kita di puji dengan sedikit saja kerja yang kita lakukan pun kita amat gembira, bahagiakan? Malah apa jua perkara yang membawa kepada kegembiraan akan menjadi amat bahagia pada kita. Adakah yang sebaliknya? Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal(Saidina Ali Bin Abi Thalib)
Tebuk dada tanyalah iman,buat keputusan berlandaskan akal yang sarat dengan rasa sabar dan penuh tawakal pada Yang Maha Berkuasa…wallahualam…

DOA UNTUK AYAH

Ya ALLAH... KAU lindungilah ayahku dari kekejaman manusia2 yg bertopengkan syaitan...


*maaf.......

Wednesday, August 5, 2009

Percayalah Pada Hikmah Yang Tersembunyi Disebalik Setiap Kejadian

Selalunya kita tak dapat apa yang kita inginkan dalam hidup. Selalunya bagaimana agaknya kita menghadapinya. Adakah dalam keadaan tenang ataupun sebaliknya? Jika setiap masalah kita hadapi dengan tenang,alangkah bagusnya diri ini jika sebaliknya,tentu kita menyesal kemudiannya. Mengapa itu,mengapa ini. Ada juga yang mengambil masa yang terlalu lama untuk menerima segala-galanya dengan redha dan penuh ketabahan.sebagai contoh,apabila kita kehilangan seseorang yang paling kita sayangi tentu kita ingin kembali semula pada masa orang yang kita paling sayangi itu masih bernyawa. Ayat-ayat seperti ‘kalaulah aku tahu….’ ‘menyesal aku tak….’ Dan sebagainya mengiringi pemergiannya yang tidak akan kembali itu lagi.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Namun tak semua kita tabah sebegitu. Apa yang penting sebenarnya adalah kepercayaan kita pada Allah swt. Berikutan dengan kepercayaan inilah kita akan sentiasa berusaha mencari syurga yang telah dijanjikan olehNYA di akhirat kelak. Oleh kerana itulah kita seharusnya sentiasa memanjatkan rasa syukur dengan apa juga yang kita perolehi tidak kira besar atau kecil segala apa yang kita perolehi selama ini dan setiap detik yang kita lalui. Pernahkah kita bersyukur bahawa sehingga detik ini kita masih lagi bernyawa?

Percayalah,Allah memberi pada kita apa yang kita mampu, apa yang kita boleh hadapinya. Percayalah bahawa setiap kejadian yang menimpa kita itu ada pelbagai hikmah yang tersembunyi, kita akan merasai hikmah itu apabila kita sabar dan redha dengan ketentuan yang Allah duga pada kita. Sekalipun kita tersungkur jatuh kerana tersadung batu dihadapan kita,janganlah batu itu kita marah. Anggaplah ada hikmah yang tersembunyi. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau kita sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. Sabar adalah kunci kehidupan kita di dunia ini.

dalam ruang itu

kusam dlm kelambu kelam
aku lagukan gurindam rindu
tiada siapa mahu mendengar
apatah lagi menyinggah wajah

kusam dalam pasu usang
tak terbayang sepi

kesengsaraan seorang ini
tak bisa di mengertikan siapa-siapa
tetap kelam dan kosong
matang sendiri tanpa perlu desakkan
masak diluar mentah didalam
atau boleh jadi mentah diluar masak didalam
siapa tahu(?)

tidak kelihatan segala jadi
selagi kelam suasana tidak terpulih
kusam ruang tidak diberi cahaya
tetap begitu
selagi hayat

Tuesday, August 4, 2009

Kawen



mana2 pergi sume org ckp pasal kawen
sbb aku blum kawen
bukan aku x nak kawen
tapi aku x de pasangan nak kawen
sume kata tu sume alasan aku x nak kawen
memang btul pun tu alasan aku x nak kawen
bukan aku sengaja x nak kawen
situasi x baik org2 yang kawen
byk disekeliling aku yang dah kawen
sumenya negatif krn kawen
aku jadi fobia nak kawen
nak kata apa katalah sbb aku x kawen
aku berserah pada Allah tentukan bila aku akan kawen
dah sampai jodoh aku kawen
biarlah lambat aku kawen
sekarang pun dah lambat pun nak kawen
sepatutnya cakap pasal anak bukan pasal kawen
thn depan aku akan dapat 2 org anak buah sbb adik2 aku dah kawen
sama rr dgn kenkawan aku ramai dah kawen
sume tunggu mase nak dpt anak hasil dari kawen
sabau jelah sbb aku lum kawen
stop ok,aku tahulah nak kawen
nanti aku jemput k bila aku kawen
tension betullah pasal kawen
x sudah2..kawen,kawen,kawen
aku poning!!!!


Monday, August 3, 2009

Sakit gigi....

setiap tahun mesti kena...

sedikit info mengenai sakit gigi...mesti ramai x tau kan?heeee......

Kenapa kita sakit gigi?

Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.

nak tahu lagi ambik kat sini...GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN

Mamat dan Ibunya


Ary dpt gambau ni masa blogworking kat jiran sebelah...simpatikan? percaya x kat Malaysia pun ada serupa mcm nih...bersyukurlah kita dgn apa yg telah di kurniakan-NYA....

Sunday, August 2, 2009

I luv Ikan...>))))><((((<

sesaje nak bagitahu...
bukan suke makan je....sume org pun suke makankan...
suke,suke jer...
daripada suke benda lain tu...eloklah ikan kan......
I LuV F!Sh




*semalam kena gigit ngan pacat lagi kat celah jari kaki...

Hidup Mesti Terus Hidup

hati bagai lalang
hati bagai lalang bukan apa
asyik tersentuh perasaan
kejap nak terjun
kejap x nak terjun
hati bagai lalang bukan apa
terlalu ikut perasaan
emosi yang tidak stabil
terlalu terbawa-bawa
hati bagai lalang bukan apa
rasa diri berseorangan
padahal ramai yang menanti

hidup mesti terus
mesti
wajib
hidup mesti terus hidup
jgn biarkan hidup yang terus itu mati
mati dalam tubuh seorang aku
hidup wajar terus hidup
bukan untuk tubuh seorang aku sahaja
tapi untuk semua
semua?
semua.....

dunia hanya sementara
dunia ini pentas lakonan
dunia ini penuh kepura-puraan

aku harus bangkit-mesti!
aku harus bangkit
biarpun hati bagai lalang
tebas ia, ayuh!
bangkit segera aku
jgn biarkan masa yang berlalu ini sia2
dek runtunnya emosi
dek gagalnya kelmarin
semoga berjaya
insya'ALLAH.....


*hei teman, berilah kata semangat!!*

Saturday, August 1, 2009

'Mak jangan sibuk!'




JOHOR BAHRU: Si Tanggang Moden. Gelaran itu mungkin layak diberikan kepada seorang pemuda keras hati yang tergamak menengking dan menghalau ibunya ketika wanita berusia separuh abad itu cuba menenangkannya ketika dia mengamuk di ruang perbicaraan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Ah, mak ni, jangan sibuklah. Pergi keluar sana!” jerit bekas pembantu restoran, Abu Bakar Musa, 25, sambil merenung tajam ke arah ibunya yang kemudian terpaksa berundur ke luar bilik mahkamah sambil menangis hiba diperlakukan sedemikian oleh anak sendiri.

Sebelum itu, Abu Bakar tiba-tiba naik angin dan mengamuk sebaik Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pada 2006.

Selain itu, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana kesalahan merogol mangsa sama, Syafiqah Mohamad Borhan di Bandar Baru Uda di sini, antara 25 hingga 27 Januari 2006.
baca lagi disini...
*sumber: mymetro

*dunia penuh kepura-puraan

Pendorong dalam hidup



  • Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
  • Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
  • Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
  • Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tidak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.
  • Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
  • Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
  • Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
  • Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...